Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Khamis, Julai 11, 2013
Hari ni adalah hari terakhir kami berada di bumi Hong Kong. Tepat 10.26am kami sudah pun tiba di Bowrington Road untuk membeli barang-barang keperluan untuk makan tengahari dan malam nanti. Memang masakan yang sedap-sedap akan dihidangkan nanti.
Memang ramai manusia kat sini. Yang kami terperanjat ramai sungguh perempuan-perempuan bertudung di sini. Dari style pemakaian dah boleh agak dari Indonesia. Kami diberitahu kebanyakan diorang tu adalah pembantu rumah dari Indonesia yang bekerja di sini.
Tak banyak sangat nak diterangkan, korang boleh tengok gambar-gambar yang sempat kami snap ni.
Akhirnya kami masuk ke Bowrington Road Market ni. Jangan hairan kalau terjumpa beberapa kedai dengan tulisan melayu. Mereka ni adalah peniaga berasal dari Indonesia yang mungkin dah menetap dan berniaga di Hong Kong ni. Nampak saja kami diorang terus tegur dan tanya nak beli apa. Ada seorang pemilik berbangsa cina Indonesia tu dengan lancar berbahasa melayu Indonesia pun turut menegur kami. Kagum..fasih sungguh..
Kami ke tingkat atas dulu.
Kan betul. Warung Sumber Makmur.
Di tempat ni pulak kami beli daging halal. Penjual ni berbangsa pakistan.
Dah siap, kami keluar semula di bahagian luar.
Bila tengok harga ikan kat sini..memang mahal. Tak tau la kenapa.
a
Tak lama dah dekat 12 tengahari segala barang dah beli, kami pun nak bergerak balik. Tapi sempat jugak singgah ada satu area tu jual baju-baju murah...boleh la jadi ole-ole ni.
Ni pulak sebelah siangnya. Dalam 5.50pm kami dah sampai kat airport dari rumah. Barang jangan cakap, agak banyak jugak, nasib lepas time check-in tu. Flight kami akan bertolak 8.05pm.
Dah masuk ke bahagian departure hall. Jumpa lagi Hong Kong! Ada rezeki kami akan datang lagi! Buat saudara kami di sana, terima kasih banyak-banyak!
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 3 (Stanley Market - Stanley Main Street)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 2 (The Peak Tower - Madame Tussauds)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 2 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 1 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 1 (Chek Lap Kok International Airport)
ps: Nantikan catatan perjalanan kami ke Perth, Western Australia nanti ok.
SCC,
11 Julai 2013, 10.50pm
wah...best! mantap!
terima kasih Ez-1=)