Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, Jun 17, 2013

Baiklah, hari ni kami semua akan ke Macau. Kena bangun awal pagi pasal nak bergerak awal ke Macau Ferry Terminal

Bagi yang tak tau Macau, korang tengok je gambar bawah ni, mesti korang tau kan bangunan ni, atau selalu nampak. Itulah bangunan Grand Lisboa.

http://calvinayre.com
Dekat bawah ni adalah rupa terminal feri yang kami pergi pagi tu. Adalah lebih kurang seawal 9.00 pagi kami dah ada kat sana. 
Terminal feri ni juga dikenali dengan nama lain sebagai Hong Kong-Macau Ferry Pier atau Shun Tak Heliport. Ianya memberikan servis feri dari Hong Kong ke Macau dan jugak bandar-bandar di Selatan China. Selain tu servis Helikopter pun ada ok.



Setelah membeli tiket menggunakan servis feri TurboJet, kami akan bergerak pada 10.00 pagi. Boleh tengok kat bawah ni, Gate 6.



Mengenai harga tiket pulak boleh korang tengok tiket kami ni. Kami ambil kelas ekonomi je. Untuk pengetahuan hari ni adalah hari Jumaat.



Kalau info dari internet pulak macam kat bawah ni. Dah naik harga rasanya.



Ok tepat 10.00 pagi kami pun naik ke dalam feri TurboJet tu. Keadaan ketika tu agak berombak..dah la cuaca sejuk..feri asyik terumbang ambing masa nak masuk tu. Nak tengok rupa dalam feri TurboJet yang kami naik tu? Tengok gambar ni


Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Agak membosankan jugak kat dalam feri selama sejam lebih tu. Isteri pulak dapat tidur. Saya tak dapat. Tak pe, tengok gelagat orang kat dalam feri saja la.

Peta bawah ni menunjukkan perjalanan kami dari utara Hong Kong Island ke arah Macau.


Tepat 11.28 pagi kami dah pun berada di lobi terminal feri di Macau yang dikenali dengan nama Outer Harbour Ferry Terminal. Inilah rupa dalam terminal feri tu. Orang memang ramai. Nak berjudi di Macau kot..hahaha.


Setelah melepasi pintu keluar sempat lagi ambil gambar pintu dia.


Setelah keluar dari bangunan terminal feri ni, bermula la perjalanan kami di bumi Macau ini. Kami terus ke stesen bas yang ada di seberang jalan tu.


Macam kat bawah ni lah pemandangan bentuk bangunan Outer Harbour Ferry Terminal tu dari luar.



Di entri seterusnya saya akan tunjukkan perjalanan kami dengan menggunakan bas ke destinasi pertama yang kami nak tuju iaitu The Venetian Macao iaitu sebuah hotel mewah dan resort kasino.

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)

SCC,
17 Jun 2013, 9.30am.

Comments (2)

Tempat yg Giorgio akan lawati nnti...
Masih dlm Perancanngan...
Best X Tmpat ni?

Giorgio Izas,
maksudnya Macau atau Hong Kong yang nak di lawat tu?

Hong Kong
Sesuai kalau nak shopping..harga barang branded lagi murah berbanding kat Malaysia..dah la tiket murah gna AirAsia (beli awal). Sistem pengangkutan pun ok..MTR (Mass Transit Railway)memudahkan kalau nak ke setiap tempat. Nasihat saya sediakan peta detail hong kong pdf kat hp..supaya boleh refer2 time berjalan kat sana..dan download apps awal2 berkenaan GPS & cuaca. Kalau nak cuaca winter, dari disember hingga ke Mac kalau tak silap.

Macau
Macam kat entri atas ni, kami akan naik bas. Kalau nak tau bas dia free ke setiap tempat2 kasino & hotel tu..tinggal naik je utk ke tmpt tu. Cuaca macam kat HK jgk. Nilai duit dia lagi rendah dari HK. Yang bestnya tempat ni kota kemewahan..so byk benda2 baru boleh dilihat dan dirasai..pengalaman berharga:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...