ABOUT

0

| Posted in | Posted on

Salam. Selamat datang ke Shin Chan Comel=)


Saya menulis di blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan apa juga perkara yang saya tahu. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. CUKUP lah doa dari pengunjung kepada saya, isteri & keluarga sebagai tanda terima kasih. Doakan kami sihat tubuh badan luar dan dalam, dipermudah & dibanyakkan rezeki, bahagia dunia akhirat ye..amin.

Okey, segala pengalaman berkaitan melancong/travel adalah benda penting yang akan cuba saya kongsikan kepada pembaca di samping topik-topik lain. Ini kerana saya & isteri sangat terhutang budi kepada blogger-blogger di luar sana. Kerana apa? Kerana mereka sudi berkongsi pengalaman mereka melancong ke sesuatu tempat sama ada di dalam atau pun luar negara di blog mereka. Sekaligus ianya menjadi sumber rujukan kepada pembaca-pembaca blog mereka dan kami sendiri=)

Sedikit mengenai sejarah ber blogging saya. Ini adalah blog utama bagi saya. Saya pernah ada blog kedua, menggunakan wordpress di samping hostingnya pulak dari NetKL. Tapi disebabkan trafik bertambah mendadak, pakej 1G saya kerap kehabisan bandwith. Disebabkan perihal kewangan dan kesibukan saya waktu tu, terbiar lah terus menerus blog tu. Bila di fikir balik sayang sangat dengan semua artikel-artikel yang ada di blog tu. Tapi apa boleh buat, kesibukan saya di samping kewangan untuk menampung blog tu kurang saya terpaksa abaikan saja blog tu.

Kini saya cuba untuk tumpukan tenaga dan usaha saya untuk blog ini. Harap semua pengunjung dapat memberikan sokongan, komen, dan nasihat untuk menambah baik lagi blog ini atau pun pada artikel-artikel yang ada. Sebagai manusia kita tak terlepas dari kesilapan.

Akhir sekali, biarlah segala ilmu dan maklumat di blog ini menjadi manfaat kepada semua di samping menghadirkan pahala buat saya, isteri dan keluarga..dan sekali lagi..CUKUP lah doa dari pengunjung kepada saya, isteri & keluarga sebagai tanda terima kasih. Doakan kami sihat tubuh badan luar dan dalam, dipermudah & dibanyakkan rezeki, bahagia dunia akhirat ye..amin.


Mengenai saya?

1)Ingin travel satu dunia bersama isteri & anak-anak. Especially Europe. Amin Ya Allah.

2)Ingin berjaya dalam karier. Bergaji besar. Amin Ya Allah.

3)Ingin menjadi individu yang berjaya di mata masyarakat dan keluarga. Amin Ya Allah.

4) Ingin menjadi ayah. Amin Ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...