Tips dan Pengalaman Naik Malindo Air

Posted by Shin Chan Comel | Posted in , | Posted on Jumaat, Mei 31, 2013


Untuk yang tercari-cari, saya baru saja bersama isteri selesai dari bercuti ke Perth, Western Australia.
Perjalanan kali ini agak memenatkan tapi berbaloi.

Tapi kali ni saya akan kongsikan pengalaman dan tips naik Malindo Air. Pengalaman ini kami kutip ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada Sabtu, 25 Mei 2013 baru-baru ni.





Tiket Malindo Air ni secara kebetulan kami dapat yang murah pada bulan Mac 2013 lepas itu pun setelah dibandingkan dengan Air Asia. Ternyata ia murah. Murah sikit. Tapi itu yang orang tetap nak kan?=)

Untuk nak beli tiket Malindo Air secara online, boleh ke laman web Malindo Air. Ke korang nak tau cara book tiket Malindo Air secara online?

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari rumah pada kira-kira 2.55pm dan terus daftar masuk atau pun check in di kaunter C, tingkat 3, KKIA.



Apa yang dapat diperhatikan agak ramai yang memilih untuk terbang Malindo Air ni. Mungkin juga disebabkan waktu ni cuti sekolah baru bermula.
 
Seperti review yang pernah dapat dari orang lain, ternyata staf-staf syarikat penerbangan ini agak baru. Ini boleh dilihat dari servis mereka yang agak sedikit belum teratur. Walau bagaimana pun saya yakin ini akan di atasi tak lama lagi kerana syarikat ni semakin mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia. Melalui pengalaman akan membantu meningkatkan prestasi.

Ok, pada mulanya jadual flight kami  ke Kuala Lumpur adalah pada 4.25pm. Tetapi seminggu sebelum tu sms dihantar dari mereka memaklumkan jadual perjalanan dipercepatkan ke 3.45pm. Yang bagusnya, sehari sebelum hari penerbangan staf dia call untuk ingatkan sekali lagi kepada saya. Ok I’m impressed for the effort.

Akhirnya setelah mendaftar masuk, kami terus masuk ke dewan berlepas. Pintu A7. Ternyata penuh kawasan tu. Ramainya orang naik flight kami tu. Tentu penuh.

Dekat 3.45pm pesawat masih belum kelihatan. Pengumuman memaklumkan kami pesawat telah delay kepada 4.25pm. Wow seperti jadual asal.. Hehe. Ok tak apa, kami sanggup tunggu pasal tiket murah punya pasal.



Tepat 4.25pm kami dah berada dalam pesawat. Pesawat penuh. Ok, selepas ni baru bermula keseronokan dan kelebihan naik pesawat ni=)

 
Pesawat ini baru. Para anak kapal keseluruhannya terdiri daripada 5 peramugari. Pakaian mereka melambangkan ciri Asia. Berkebaya serba putih dan berkain batik merah biru. Nampak seperti puteri atau bidadari. 



Compartment untuk menyimpan barang-barang agak unik dan baru pertama kali saya lihat jenis sebegitu. Kelebihannya, agak menjimatkan ruang dalam kapal yang dah sedia panjang dan besar dari Air Asia.




Ruangan kaki penumpang berbanding kerusi penumpang hadapan agak luas dan menyelesakan. 31 Inci. Lebih luas berbanding Air Asia yang agak sempit.



Selain tu, perkara yang paling mengujakan bagi semua penumpang tentulah dengan In Flight Entertainment (IFE) tu. Touch screen je. Korang jangan lupa bawa headphone atau earphone sendiri ok. Tapi kalau yang tak ada tu, boleh beli di dalam pesawat, harganya cuma RM15 satu.



Ternyata sungguh banyak drama, movie, dan permainan yang ada pada IFE Malindo Air ni. Bahkan, isi kandungan movie dan drama pun baru-baru belaka. Budak-budak pun tak akan keboringan lagi dengan games yang ada. Selain tu ada panel USB. Boleh la korang cas hp.

Sedang asyik melihat movie Parker lakonan Jason Statham, peramugari menghidangkan makanan dan minuman. Ok ini pun best. Dah la tambang murah, makanan dan minuman pun ada. Tak la macam Air Asia yang makanan minuman kena beli asing.



Makanan yang dihidangkan adalah air mineral dan 2 set sandwich.



Perjalanan kami tamat apabila tiba di KLIA pada 7.20pm.



Keseluruhannya, sangat berpuas hati.

Satu tips nak saya kongsi lagi, kalau nak tengok movie tengok la awal-awal. Saya dekat pertengahan jalan baru nak tengok movie Parker. Dah sampai KLIA cerita baru separuh jalan. Hehe tak sempat la nak habis kan.

ps: saya menulis entri ni semasa dalam perjalanan balik ke Malaysia dari Australia. Air Asia X. D7 237.

Tips dan Cara Beli Tiket Malindo Air Online
Tips Buat Akaun Laman Web Malindo Air

SCC,
31 Mei 2013, 10.04am.

Comments (9)

pun dgr review bagus dr kawan yg penah naik malindo air..

Pinkbubblegumprincess~memang best naik malindo=)

kalau check in di airport kena bayar ka?

Tanpa Nama~ Free macam MAS;)

Cara check in utk malindo air sama je ke dgn fire fly..I means 14 days before flight?

Tanpa Nama~pengalaman saya, hari flight hari tu jugak check-in di kaunter=) online check-in masih belum ada lagi.

Salam...

Arm rest nya boleh diangkat kan..

Tanpa nama~boleh:)

kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.

dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...