Tips dan Pengalaman Naik Malindo Air

9

Posted by Shin Chan Comel | Posted in , | Posted on Jumaat, Mei 31, 2013


Untuk yang tercari-cari, saya baru saja bersama isteri selesai dari bercuti ke Perth, Western Australia.
Perjalanan kali ini agak memenatkan tapi berbaloi.

Tapi kali ni saya akan kongsikan pengalaman dan tips naik Malindo Air. Pengalaman ini kami kutip ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada Sabtu, 25 Mei 2013 baru-baru ni.



Tips Mudah Buat Blog

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Mei 16, 2013

1. Google dengan taip 'blogger'. Seterusnya klik 'Create Blog'.


Cara Letak Gambar dalam Entri di Blog

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, Mei 14, 2013

Hai kali ni saya nak kongsi cara letak gambar dalam post/entri blog. Khas untuk yang baru berjinak dalam dunia blogging ni.

Contohnya korang nak buat entri pasal nasi lemak. Nak letak gambar nasi lemak dalam entri tu.

1. Klik pada simbol gambar 'Insert Image'

 

Fakta Menarik Sir Alex Ferguson

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in , | Posted on Jumaat, Mei 10, 2013

http://downtheflank.wordpress.com/

Pertama
Dia telah mengurus kelab Manchester United lebih lama sebelum wujudnya Liga Perdana Inggeris.

Kedua
Pada 1989, setelah tiga tahun menjadi pengurus Manchester United, kelab bernilai $31 juta. Sekarang (2013), nilai kelab menjadi $3.2 billion.

Ketiga
Dia telah memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali ganda (13) berbanding kelab-kelab lain setelah digabungkan (7).

Keempat
Sebelum tiba ke kelab tersebut sebagai pengurus, Manchester United tidak memenangi sebarang kejuaraan selama 19 tahun.

Kelima
Sejak 1991, kelabnya tidak pernah menamatkan kedudukan lebih rendah dari kedudukan ketiga.

Keenam
Manchester United telah menang sebanyak 894 perlawanan dan hanya tewas sebanyak 267 perlawanan di bawah kendaliannya sejak 1986.

Ketujuh
Dia telah memenangi 39 trofi dari pelbagai kejohanan bersama Manchester United.

SCC,
10 Mei 2013, 7.00am

Banjir di Mekah

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Mei 09, 2013

Untuk yang tidak mengetahui, bencana alam pun berlaku di Mekah. Tetapi yang paling kerap adalah banjir. Banjir yang paling teruk sekali tentulah ketika banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. Keseluruhan bangunan Kaabah ranap sama sekali dan terpaksa di bina semula. 

Banjir turut beberapa kali berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Selepas kemangkatan baginda iaitu di waktu pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, banjir turut merosakkan dinding Kaabah.

Banjir yang paling terkenal terjadi pada 1941.








Banjir kerap kali berlaku di Mekah kerana keadaan geografinya yang dikelilingi bukit. Ini menjadikan keadaannya muka buminya seperti 'bowl'. Tambahan pula air hujan tidak mudah diresap oleh jenis tanah di sana. 

Sebagai kesannya, banjir mengambil masa yang lama untuk surut. Selain itu sistem perparitan pada waktu tersebut tidak lah sebagus sekarang. Pemerintah Saudi telah beberapa kali melakukan pembaikan ke atas kerosakan akibat banjir.


SCC,
9 Mei 2013, 7.00pm

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9

5

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, Mei 07, 2013




Kasut Sukan
Untuk perempuan, tinggalkan la high heels korang tu pasal korang akan melakukan banyak 'acara berjalan kaki'. Tak pasal-pasal susah nak berjalan pasal nak bergaya sangat.

Waktu Makan
Makan 2 hari sekali saja sekiranya korang betul-betul travel dalam bajet yang nipis. Cadangan ni nampak kejam, tapi ada yang sanggup buat asalkan jimat duit.

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9

SCC,
7 Mei 2013, 5.00pm

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 8

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, Mei 04, 2013


Print Peta
Cuba untuk print peta bagi kawasan yang korang nak melawat tu. Kalau boleh secara spesifik bagi setiap attraction area pun ada petanya. Ini penting sekiranya korang sedikit keliru bila dah berada di sana. Selain tu korang boleh tentukan di mana kawasan menunggu bas atau pun train yang terdekat di kawasan tersebut sekiranya korang becuti dengan menggunakan pengangkutan awam.

Makanan Halal
Kalau yang beragama Islam tentulah nak makanan yang halal. Cara paling mudah adalah dengan bawa barang makanan dari Malaysia yang dah sedia halal. Tetapi kekurangannya pulak, beg korang akan bertambah berat. Jadi option yang ada adalah untuk beli makanan bila berada di negara tersebut.

Sebelum bercuti ke sana, rajin-rajin lah untuk google di internet cari di mana kawasan yang mudah untuk mencari barangan halal. Ramai komuniti Islam berada di setiap negara di dunia ni. Secara mudah korang boleh dapat maklumat tu di Internet. Bayangkan kalau bercuti ke Korea pun korang boleh menjamah nasi goreng di restoran kendalian warga Indonesia yang bermastautin di sana.    

Kedai Cenderahati
Sudah tentu korang nak beli sesuatu untuk diri sendiri atau keluarga sebagai kenang-kenangan kan. Tapi bajet sudah pasti akan menjadi persoalan yang bermain di minda korang. Dapatkan maklumat di internet di kawasan mana mudah & murah mendapatkan cenderahati. Cenderahati ni secara lazimnya adalah baju, topi, fridge magnet, poskad, key chain dan lain-lain. 

Perbezaan harga barangan cenderahati di kawasan yang murah berbanding tempat lain boleh menjadi besar bezanya. Lazimnya google je di internet..ramai traveller dari Malaysia akan berkongsi maklumat hasil travel diorang kat sesebuah negara. So boleh la tau di mana kedai atau kawasan yang harga barangan cenderahati tu murah kan. 

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9

SCC, 
4 Mei 2013, 6.00am

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 7

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Jumaat, Mei 03, 2013


Ini tips untuk yang bawak anak-anak

Umur Kanak-Kanak
Ni adalah pesan daripada yang dah beranak-pinak nak bawak anak travel. Kalau travel ke negara yang jauh dah tentu lama duduk dalam flight..budak tak selesa sangat benda ni. Selain tu tekanan/pressure dalam kapal akibat berada di atas awan sana pun boleh buat budak tak selesa. Last-last budak meragam/menangis. 
Adalah dinasihatkan untuk bawak anak minimum berumur 5 tahun.

Prem 
Bawak prem sedia. Ini kerana budak kecik ni tak tahan nak jalan-jalan lama sangat. Nanti terpaksa korang dukung, korang pulak yang akan cepat penat.


Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9
SCC,
3 Mei 2013, 7.00am

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 6

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Mei 02, 2013



Google Map
Dalam sebulan ke beberapa minggu sebelum nak berlepas tu, tengok-tengok la Google Map. Kenal pasti keadaaan sekeliling lokasi yang korang nak lawat. Cuba ingat dan hafal bangunan-bangunan penting dan jugak jalan-jalan yang berdekatan. Bila dah sampai kat sana insyaallah perjalanan korang akan lebih mudah kerana dah agak 'familiar' dengan keadaan sekeliling tempat tu. Paling utama, cuba kenali keadaan sekeliling tempat korang menginap.


Universal Plug
Boleh cari maklumat berkenaan dengan jenis plug negara yang korang nak lawat tu. Bukan semua negara sama plug macam kat Malaysia ni. Contohnya kat Australia macam ni:

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 5

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Mei 02, 2013


Mental
Bagi yang tak biasa atau first time ke luar negara mungkin akan homesick sedikit. Usaha untuk elak fikir kan tanah air. Ramai lagi traveller dari Malaysia seperti korang. Kalau diorang boleh, takkan korang tak boleh kan?

Lagi satu cara untuk kurangkan homesick, bawa la gambar mak/ayah/suami/isteri/anak korang tu. Makanan dari Malaysia yang dibawa bersama pun boleh membantu mengurangkan kesan homesick.

Toiletries
Kalau nak ke luar negara, usaha kurangkan barang yang nak di bawa atau beratnya. Salah satu yang terlibat adalah barang toiletries. Bawa berus gigi bersaiz kecil jika ada. Ubat gigi pun sama beli yang kecil je..boleh berkongsi untuk bukan sahaja 2 bahkan 7 orang. Barang-barang toiletries yang lain pun apply cara yang sama.

Baju
Bawa baju yang sesuai. Sekiranya musim sejuk pastikan baju cukup tebal. Tak perlu bawa baju banyak sangat pasal korang yang akan susah nak angkat nanti.

Lipatan Baju/Seluar
Salah satu tips untuk jimat ruang dalam beg adalah melalui cara lipatan baju atau seluar korang. Kalau korang isi baju/seluar ke dalam beg dan lipatannya adalah cara yang biasa, jangan hairan baru sedikit saja dah penuh beg korang. Tipsnya, 'roll' kan baju atau seluar korang tu. Ini akan menjimatkan ruang beg. Jadi tak payah la bawak beg besar dah. 


Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9
SCC,
2 May 2013, 6.00am

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 4

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Mei 01, 2013


gambar melancong ke luar negara


Beg
Cuba elakkan bawa beg yang berat dan besar. Tujuan korang adalah melancong, kalau beg berat ini akan melambatkan pergerakan korang. Selain itu ini adalah untuk keselamatan kerana beg yang nampak besar dan mewah akan menarik perhatian orang. Pasang Tag nama korang kat beg supaya selamat.

Fizikal
Melancong sememangnya banyak berjalan..kan dah namanya nak tengok tempat orang. Jadi usahakan untuk pastikan fizikal sihat dan cergas. Sebaiknya selalu la bersukan atau bersenam seminggu dua sebelum melancong kerana ini akan meningkatkan kecergasan badan. Apa guna melancong tapi berjalan sikit dah semput. Silap haribulan tak dapat nak lawat/cover semua tempat tarikan yang dah korang rancang nak lawat. Rugi je bayar tiket dan penginapan mahal kan.

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9


 SCC,
1 Mei 2013, 8.00pm

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 3

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Mei 01, 2013



Salinan Dokumen
Sila pastikan untuk membuat salinan pada semua dokumen penting korang. Misalnya untuk passport, buat satu salinan (photostat). Apabila korang dah nak keluar dari tempat penginapan untuk berjalan-jalan, salinan tersebut tinggalkan di bilik sementara yang original korang bawa. Ini adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga mana lah tau ianya mungkin hilang.

Informasi
Sebelum keluar daripada tempat penginapan korang, pastikan korang ingat nama hotel dan alamatnya. Paling mudah ambil kad nama hotel dan simpan. Sekurang-kurangnya apabila sesat/keliru atau menghadapi masalah komunikasi, tunjukkan saja kad nama hotel penginapan tu.


Duit Simpanan
Usahakan untuk menyediakan duit simpanan bagi langkah berjaga-jaga. Ini adalah penting mana lah tahu contohnya korang perlukan duit untuk perubatan kerana demam sewaktu melancong. Sementara tu, perbelanjaan sekiranya terlebih daripada bajet pun boleh diselamatkan dengan duit simpanan ni. 


SCC,
1 May 2013, 640am


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...