Tips Melancong Ke Luar Negara Part 3

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Mei 01, 2013



Salinan Dokumen
Sila pastikan untuk membuat salinan pada semua dokumen penting korang. Misalnya untuk passport, buat satu salinan (photostat). Apabila korang dah nak keluar dari tempat penginapan untuk berjalan-jalan, salinan tersebut tinggalkan di bilik sementara yang original korang bawa. Ini adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga mana lah tau ianya mungkin hilang.

Informasi
Sebelum keluar daripada tempat penginapan korang, pastikan korang ingat nama hotel dan alamatnya. Paling mudah ambil kad nama hotel dan simpan. Sekurang-kurangnya apabila sesat/keliru atau menghadapi masalah komunikasi, tunjukkan saja kad nama hotel penginapan tu.


Duit Simpanan
Usahakan untuk menyediakan duit simpanan bagi langkah berjaga-jaga. Ini adalah penting mana lah tahu contohnya korang perlukan duit untuk perubatan kerana demam sewaktu melancong. Sementara tu, perbelanjaan sekiranya terlebih daripada bajet pun boleh diselamatkan dengan duit simpanan ni. 


SCC,
1 May 2013, 640am


Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...