Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City) Part 2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, Mei 19, 2014

Dari Perth International Terminal ni kami akan naik Terminal Transfer Bus ke Perth Domestic Terminal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.

7.17 am. Bas baru nak bergerak ke Domestic Terminal


7.30 am. Suasana di awal pagi yang sempat dirakam dalam bas

Kalau nak tau, dalam bas ni penuh dengan pelancong China. Bisingnya.


Setelah tiba di Domestic Terminal, mengikut peta yang telah saya google dan print, itulah tempat untuk menunggu bas Transperth no.37. Bas itu yang akan terus ke Perth CBD (Central Business District). Walau bagaimanapun, untuk kepastian, saya bergegas bertanya kepada pemandu bas tadi. Juga seorang wanita. 

"Morning, is this the place where we are suppose to wait for the Transperth Bus?"

Jawapan yang diterima,

"Yes it is. But you have to go to there..at the end..thats the exact location where the bus will stop"


7.49 am.


7.53 am. Perth Domestic Terminal





7.55 am.

Setelah mengucapkan terima kasih, kami terus menuju ke hujung kawasan berbumbung tu. Yup, akhirnya nampak dengan jelas papan tanda bas Transperth. Di papan tanda tu juga tertera jadual waktu dan lokasi pergerakan 

Baru saja nak tengok papan tanda tu, orang putih kat gambar bawah ni menegur kami. 



"Its still early..the first bus will only arrive at 8.10am..and its freezing here"..sambil menggigil kesejukan. 

Kami yang terpinga-pinga setelah tiba-tiba ditegur. Betul la cakap orang, penduduk Perth ni memang agak friendly dan suka menegur pelancong..berbanding penduduk di bandar lain kat Australia ni.





Disebabkan masih lama lagi, kami bergambar-gambar je kat sana.

Masih lagi rasa tak percaya dah sampai ke Australia.

Setelah berbulan-bulan buat research kat internet..tengok gambar pun kat internet..sekarang semuanya dah depan mata.

8.15 am. Teksi yang kami tak akan naik..hehe


Tepat 8.30 pagi bas tiba. Kami naik dan saya terus tanya,

"Is this bus is going to the city?"..untuk kepastian.

"Yes it is," kata pemandu wanita itu. Wanita lagi. Hebat kan. Tabik.

"Thanks. So we want to buy a ticket for the two of us husband and wife..DayRider is it?

"Yes correct. It is just $11.00"

8.19 am. Tiket DayRider untuk mereka yang berkeluarga..boleh guna sepanjang hari.


8.19 am. Keadaan dalam bas yang kami naik.


9.28 am. Kalau ada kad ni, boleh touch and go saja naik bas.

8.32 am. Pemandangan sepanjang jalan.

8.36 am. Rumah sini best..tak bersesak. Ada laman sendiri.

8.46 am. Sewaktu di highway.
9.28 am.
Bila dah nak dekat dengan bandar Perth, kami terhenti dekat round about ni. 

Ada event besar kat besar. 

Macam larian amal. 

Banyak kenderaan terperangkap hanya disebabkan oleh event ni.

8.51 am. Kami tersekat dekat round about..ada big event. Larian Amal.
Setelah menunggu agak lama, akhirnya bas bergerak semula. Syukur.

Keadaan bandar sangat menarik dan bersih. Kerana terlalu asyik melihat pemandangan bandar Perth, terlupa nak snap gambar.

Sambil melihat GPS di handphone, dan yakin bahawa Perth Station semakin dekat, saya bergerak ke depan untuk bercakap dengan pemandu bas. Meminta dia untuk berhenti berdekatan Perth Station. 

Akhirnya kami berhenti di hadapan stesen bas Perth. Itu yang paling dekat. Dia tak boleh berhenti sesuka hati melainkan itu adalah perhentian bas.

Setelah mengucapkan terima kasih, kami turun, dan mata saya terus melihat kepada GPS yang sangat berguna bagi kami sepanjang berkelana di bumi Australia ini.

Syukur juga, sebelum melancong, saya ada melihat melalui Google Earth jalan mana yang akan selalu kami lalui dari Perth Station ke Hostel penginapan kami. Hafal itu penting.

Tepat jam 9.35 am kami tiba di Hostel. Tak sampai 10 minit berjalan kaki dari Perth Station.

10.25 am
Saya hanya tunjukkan email yang saya print. Tempahan kami melalui booking.com..kepada staf yang bekerja di Hostel ni dan bayar bakinya.

10.26 am.
Agak berpuas hati dengan keadaan bilik kami tempah. Murah tapi berbaloi. Snap dulu beberapa gambar di waktu ketibaan di sini. Walau pun mata dah layu. 

10.26 am. Rupa keadaan dapur..dan tandas.
Setelah berbincang dengan isteri bahawa kami tak cukup rehat dan perlu tidur dulu sebentar. Kami melelapkan mata. Alarm clock pun dah set. Dekat tengahari kami akan bangun dan mulakan perjalanan kami setelah cukup tidur.


12.46 pm. Dalam perjalanan berjalan kaki ke Perth Station dari Hostel kami menginap.



12.46 am. Pemandu di Perth amat sopan. Tak macam di Kuala Lumpur@Malaysia

Singgah dulu ke Pasar Raya Coles. Beli barang makan tengahari. Terletak dekat je dengan Hostel kami.




Kami short cut melalui Western Australia Muzium


Ada pameran berkenaan Mumia. Tapi esok-esok je kami akan ke sini.
Sebenarnya plan kami pada hari ini (Ahad) adalah untuk ke Fremantle. 
Tarikan utama juga untuk kami ke sana adalah untuk membeli souveniers seperti fridge magnet, baju-baju, key chains dan lain-lain..kerana dari apa yang kami google, souveniers kat sana memang murah-murah.

Selain tu, tempat tu jugak terkenal pasal kecantikan dan keunikan bangunan-bangunan dia. Dalam entri seterusnya saya akan tunjukkan. Hehe.

12.45pm.
Manakala nama tempat untuk beli souvenier Australia murah-murah tu apa?

E Shed Market.

Hanya Ahad je dia buka. Pasal tu kami kena ke sana jugak hari ni.



12.45 pm.
Gambar berberlatar belakang kan Perth Station dan sebahagian dari bangunan pencakar langit Perth City.
Apabila tiba di Perth Station, mata melilau mencari macam mana nak ke Fremantle. Akhirnya nampak papan tanda yang menunjukkan nak ke Fremantle kena ikut Platform 5..Fremantle Line.

Mudah je bila dah sampai tempat pemeriksaan tiket, kami hanya tunjukkan tiket DayRider kami tadi pagi. 
Selagi perkhidmatan yang kami guna adalah perkhidmatan Transperth, tak kira bas, feri atau keretapi, tiket tu sah digunakan sepanjang hari.

Kat sini tak sesat kalau nak guna pengangkutan Transperth.

Pasal banyak papan tanda informasi disediakan siap dengan petanya supaya mudah kita nak faham apa perlu di buat untuk ke destinasi kita.





Setakat ni je dulu. Tunggu post seterusnya untuk saya ceritakan mengenai perjalanan kami ke Fremantle.

Banyak gambar akan menyusul. Jenuh la nak edit..hehehe.

Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 0 (KK - KL) 
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal) Part 1
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City) Part 2
SCC,
19 May 2014, 7.00 am.

Comments (11)

Salam bro,

Apa nama hostel yg bro tinggal tu?

Salam bro,

North Lodge Backpackers.

salam.. tq sbb share jalan cerita yg sgt detail dan info yg sgt berguna. saya akan ke sana akhir tahun, harap2 tuan blogger akan sambung menulis sambungan percutian tuan. *menunggu dgn harapan :)

salam.. tq for sharing very good info sbb saya akan ke sana akhir thn ni. harap2 tuan blogger akan mengupdate percutian di sana nnt dgn kadar segera *menunggu dgn harapan :)

Aryanee Nordin~ tq sudi baca kisah pengembaraan saya ni. insyaallah sy akan usahakan untuk siapkan semua entri berkaitan perth ni..sempat sebelum awak ke sana. Hujung tahun? musim panas tu..hehe.

En Shin Chan comel...cepatla sambung entry cuti ke perth ni...sy nak ke sana...nak jadikan blog bro ni sebagai panduan hehehe...tq

tanpa nama~hehehe sori sori sangat bz..akan saya usahakan dalam waktu terdekat ni ok:)

Salam...insyaallah saya akan ke Perth pertengahan Sept ni. Panduan saudara sgt berguna...tapi bila nak sambung lagi huhu. Cuma komen saya, yang highlight kuning tu kurang menyerlah...mungkin warna lebih gelp lagi sesuai...terima kasih!

Tanpa Nama~Salam. tq kerana membaca dan memberi komen membina=) oo x lama lagi akan ke perth..enjoy your journey. saya akan usaha secepat mungkin ye untuk update..huhu..harap dapat membantu

Kami sekeluarga InsyaAllah akan ke Melbourne..so sdg survey2 & cari tips ke sana..expenses & all that...blog ni mmg sgt terperinci

Mama Alya~ Tahniah, bestnya akan ke melbourne..musim sejuk ke panas? tq..sy tgh menyiapkan entri seterusnya ni=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...