Percutian ke Hong Kong - Macau Day 8 (Bowrington Road)

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Julai 11, 2013

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di bumi Hong Kong. Tepat 10.26am kami sudah pun tiba di Bowrington Road untuk membeli barang-barang keperluan untuk makan tengahari dan malam nanti. Memang masakan yang sedap-sedap akan dihidangkan nanti.


Memang ramai manusia kat sini. Yang kami terperanjat ramai sungguh perempuan-perempuan bertudung di sini. Dari style pemakaian dah boleh agak dari Indonesia. Kami diberitahu kebanyakan diorang tu adalah pembantu rumah dari Indonesia yang bekerja di sini.


Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 3 (Stanley Market - Stanley Main Street)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, Julai 11, 2013

Kami seterusnya tiba di Stanley Market yang terletak di bandar kecil, Stanley pada 3.05pm. Kalau nak tahu sini antara tempat yang agak famous jugak untuk para pelancong membeli ole-ole atau pun gift. Ketika ni suasana masih lagi sejuk..matahari pun tak nampak langsung. Kami terus menjengah ke setiap kedai yang ada, maklum la nak beli ole-ole untuk orang kat Malaysia. Time ni jugak kami terasa cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar esok dah nak balik dah. Macam tak puas lagi bercuti kat sini.



Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 2 (The Peak Tower - Madame Tussauds)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Julai 10, 2013

Kami meneruskan langkah kami memasuki The Peak Tower tu. Masyaallah ramai pulak orang dalam tu. Tengok dari luar macam biasa je.

Setelah masuk, tekaan saya benar, Madame Tussauds ada dalam ni!!!


Disebabkan ramai orang jugak la kami kena beratur agak panjang sikit untuk beli tiket. Tak apa, ini lagi okey berbanding berdiri kat luar yang sejuk tu. Lagipun saya sangat teringin nak ke sini setelah family saya dulu pernah ke UK tanpa saya yang menghadapi peperiksaan akhir tahun..balik saja diorang cerita pasal Madame Tussauds dan tunjuk gambar-gambar manusia lilin yang seakan-akan asli tu. Jeles!


Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Julai 10, 2013

Hari ke-7 kami (7 Januari 2012) pukul 11.32am lagi kami telah tiba ke salah satu destinasi yang kami wajib pergi iaitu The Peak. Kami tiba setelah dihantar, jadi kalau nak bagitau macam mana public transport ke sini saya pun dah lupa. Maklum la dah ada kemudahan dihantar, syukur.

Sedikit maklumat mengenai The Peak, ianya terletak 552m di atas paras laut pada gunung yang tertinggi di Hong Kong Island. Penduduk elit di zaman pemerintahan British telah menggunakan puncak ini sebagai tempat untuk berlindung di kala musim panas.

Kediaman musim panas bagi Governor Sir Richard MacDonnell juga telah dibina di sini pada waktu tersebut. Tidak lama selepas itu, ramai penduduk dari kalangan golongan mewah turut ikut serta. Kebanyakan mereka menggunakan Sedan Chair untuk turun naik bukit ini yang dibawa oleh staf peribadi mereka etc. Sejak 1904, The Peak telah diwartakan sebagai tempat khas untuk para expatriat, tetapi amalan ini telah diberhentikan sekitar 1947.




Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, Julai 08, 2013

Perjalanan seterusnya adalah ke Galaxy Macau! Hanya terletak bersebelahan saja dengan Venetian tadi. Tapi kena berjalan kaki jugak la jauh sikit..nampak di mata macam dekat je..huhu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...