Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Isnin, Julai 08, 2013
Perjalanan seterusnya adalah ke Galaxy Macau! Hanya terletak bersebelahan saja dengan Venetian tadi. Tapi kena berjalan kaki jugak la jauh sikit..nampak di mata macam dekat je..huhu.
Cuaca dah la sejuk...tapi perjalanan mesti diteruskan. Suasana jalan raya kat sini tak berapa sibuk..tak banyak kereta..nak melintas jalan suka hati je. Lagi cepat kami nak sampai ke bangunan Galaxy tu.
Siapa yang pernah tengok filem lakonan George Clooney dan Brad Pitt iaitu Ocean Eleven serta Ocean Thirteen mesti akan teringat cerita tu time ni. Bezanya ni di Macau yang diorang tu pulak di Las Vegas. Sini semua bangunan cantik dan mewah...maklum la bangunan-bangunan kasino..tempat orang berjudi.
Bergambar dulu kat sini. Dah sampai pun. Nasib kami dah makan tengahari tadi. Maklum la kalau cuaca sejuk memang perut cepat lapar kan.
Seperti di Venetian, kami tiba di terminal bas yang ada di luar Galaxy nih. Maksudnya, sama seperti tadi, pulang balik dari terminal feri nak ke sini (Galaxy) memang free! So memang pasti kami akan balik nanti dengan bas ni.
Sebelum masuk sempat lagi snap gambar kat luar. Ternampak pulak gambar bas ni..tak tau free ke tak. Tapi macam bayar saja pasal sikit pulak orang kat atas tu kan.
Benda pertama kami bergambar kat dalam bila jumpa kristal(?) ni. Macam Kryptonite dalam filem Superman pulak rasanya. Benda ni jadi berwarna warni pasal lampu yang dipasang.
Lepas tu kami nampak biskut yang sedap untuk dimakan. Tapi biskut tu macam malas nak layan permintaan kami, so kami bergambar je la dengan dia.
Sekali lagi tengok suasana dalam ni teringat cerita Ocean Eleven & Thirteen!
Nampak tak ada perempuan tinggi kat gambar bawah ni? Ala yang sebelah kiri tu....
Ini la yang unik kat Galaxy ni..ada model yang tinggi lampai. Ala-ala macam racing girl kalau kat lumba kereta tu. Tapi ni kat dalam bangunan. Free je nak bergambar dengan diorang ni. Memang tinggi sangat! Rasanya pihak pengurusan Galaxy ni bagi syarat nak mohon kerja macam diorang ni kena ada tinggi minimum kot..pasal bukan tinggi palsu diorang nih.
Yang ni pulak adalah Diamond entah la apa sebenarnya. Sebenarnya benda ni akan keluar masuk..turun naik di satu lobi tu..dikelilingi oleh air pancuran yang cantik dan berwarna warni. Akan ada lagu tema yang akan bermain sewaktu benda ni dimainkan. Memang cantik.
Time ni diamond tu dah bersembunyi di sebalik pancuran air tu. Tunggu la bila masa dia nanti, dia akan keluar balik dan diiringi oleh lagu.
Cuba nak bergambar depan lobi utama Galxy ni.
Tengok warna dekat diamond tadi..sekarang biru.
Sekarang dah jadi merah! Haha
Tengah berjalan kat dalam nampak ada orang pakai pelik-pelik. Aik macam model khas Galaxy ni sediakan untuk pengunjung. Tengok tu ada pelancong bergambar dengan diorang. So saya pun ambil peluang nak bergambar jugak.
Dah agak penat, kami pun bertolak nak balik. Naik bas free ni la kan. Sekali lagi isteri saya nak bergambar.
Dalam perjalanan balik, nampak bangunan satu ni lagi..lupa nama dia. Tapi yang pasti ini memang sebuah resort kasino yang sama seperti Galaxy dan Venetian tadi.
Keadaan di dalam bas shuttle yang kami naik dari Galaxy ke Ferry Terminal.
Sekali lagi nampak Grand Lisboa! Teringin nak ke sana! Badan masih larat. Tapi apa kan daya, yang lain dah tak sanggup. Huhu
Nampak tak port Helicopter tu? Kami dah dekat feri terminal tu.
Akhirnya kami sampai kat Outer Harbour Ferry Terminal ni semula. Tiba masa untuk kembali ke Hong Kong.
Opss! Ternampak iklan semasa berjalan kaki nak masuk ke dalam terminal. Rupanya ada Bungy/Bungee Jumping di Macau ni! Di Macau Tower..ketinggian 233m! Arghh bila la nak cuba ni!
Sekian. Itu je perjalanan hari ni. Esok kami akan ke The Peak dan seterusnya Madame Tussauds Hong Kong! Tak sabar rasanya!
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Comments (0)
Catat Ulasan