Tujuan saya buat entri pasal percutian ke Hong Kong ni adalah untuk tatapan kami suami isteri mengenai sejarah percutian kami..travelog kami sendiri. Selain itu, ini jugak boleh dijadikan panduan untuk orang lain yang nak bercuti atau atas urusan lain nak ke Hong Kong. Boleh la dijadikan panduan sedikit sebanyak:)
So nak cerita, seminggu lepas kahwin saya pergi bercuti honeymoon dengan wife. Ke mana? Hong Kong. Percutian selama 8 hari. Daripada 1 Jan 2012 hingga 8 Jan 2012.
Tumpuan terbesar nak ke sana tentulah nak ke Disneyland Hong Kong.
|
Hong Kong. Ihsan google. |
Tiket Airasia je..dah beli awal bulan 9 lagi. Itu pun ambik masa dua tiga bulan fikir nak ke tak beli tiket. Kalau lagi awal lagi la murah kan.
Harga tiket flight Air Asia ke Hong Kong dari Kota Kinabalu RM 754. Ini total untuk kami 2 orang.
Hong Kong balik ke Kota Kinabalu HKD 1888.00 atau dalam ringgit lebih kurang RM 740.
Tak perlu apply Visa okey.
|
Tiket Kami |
Hari pertama, kami bertolak dari LCCT Kota Kinabalu sekitar 4.30pm..dan sampai lebih kurang 7.30pm di Hong Kong International Airport. Kat sana disambut oleh uncle dan aunty sebelah wife yang dah berapa tahun kerja kat sana.
|
Pintu kapal terbang ke Hong Kong
|
|
4.08pm. Baris..senang diri..tegak sedia! |
|
Baru duduk di seat |
|
Semua dah duduk |
|
4.22pm. Saya duduk dekat tingkap, isteri duduk tengah..dia jeles |
|
Jam menunjukkan 6.27pm. Cantik pemandangan. |
|
5.09pm. Anak kapal akan bagi seorang satu. Korang kena isi la awal-awal Arrival Card ni. Betapa pentingnya bawak pen ke mana jua! |
|
7.02pm. Dah berada di ruang udara bandar Hong Kong. Mengagumkan. Dari atas semua kat bawah nampak macam emas. Hanya a few spot saja gelap. |
|
7.24pm. Tahniah kepada kami kerana telah sampai ke Hong Kong! |
|
Kami ikut saja orang di depan kami sampai lah ke sini. Train yang akan bawak para penumpang ke area arrival hall. Baru je sampai dah penuh. Terpaksa tunggu yang seterusnya. |
|
Dah sampai. Ikut saja orang putih depan ni. |
|
Toleh kiri jap.. |
|
Toleh depan balik..dah hampir dekat kaunter imigresen depan tuu. Nanti akan nampak sign board besar kat tengah.. Ke sebelah kiri kaunter untuk para diplomat, Macau permanent resident dan para pelancong biasa. Ke sebelah kanan pulak kaunter untuk penduduk Hong Kong. |
|
7.41pm. Dah sampai untuk berbaris. Inilah barisan untuk pemeriksaan imigresen. |
|
Ramai yang dah di depan kami. |
|
Tengok sign board tu. Untuk visitors/ Macau permanent resident..dan jugak untuk kes-kes khas serta diplomat. |
|
Nampak hujung sana yang ramai orang tu? Itu kaunter imigresen macam saya bagitau tadi. Untuk penduduk Hong Kong. Maybe permanent resident Hong Kong pun sana jugak. |
Di kaunter tu macam biasa la, pegawai dia akan cek muka korang sama tak dengan passport. Tanya kat mana tinggal..berapa hari. Overall imigresen Hong Kong tak cerewet. Lagi sekali nak pesan, tak perlu visa ke Hong Kong:)
Anyway, waktu kat sana waktu winter..bermula sekitar disember ke februari..tapi tak ada la sampai ada salji, tapi sejuknya memang sejuk..average 10 darjah celcius. Memang itulah suhu kami suami isteri target nak bercuti ke sana.. Time kat dalam airport tak terasa lagi, tapi bila dah kat luar time nak naik van, sejuknya menampar-nampar. Saya cool saja, macam sejuk aircond ofis..hehehe..tapi tup tup angin tiba-tiba menerkam...time tu macam kena renjatan eletrik..sejuk
Jadi bergeraklah kami ke rumah uncle dan aunty. Jarak perjalanan untuk ke rumah dari Hong Kong International Airport mengambil masa lebih kurang sejam jugak lah..airport ni kat Lantau Island...rumah tu pulak kat Hong Kong Island. Tengok peta kat bawah supanya faham..entah berapa kali kami lalu underground road tunnel..
|
Anak panah biru menunjukkan perjalanan kami dari airport di Lantau Island hingga ke Hong Kong Island. |
|
|
8.35pm. Ini tengah melalui underwater tunnel. Dah berada dalam van dah. Dalam perjalanan balik ke Hong Kong Island. |
Sampi je kat rumah, serba serbi sejuk, ditambah lagi sejuk lantai berjubin...takde karpet.
Kami ditunjukkan ke bilik kami. Okey, letak dulu barang-barang dalam bilik, kita makan dulu kata aunty. Makanan kat meja memang sedap. Sedap jugak masakan aunty wife saya ni. Sebelum ni dengar dari mulut orang lain, tapi hari ni bila sendiri dah makan, especially nasi ayam aunty tu...aargh...sedap...mungkin 2-3 pinggan nasi ditambah.
Habis makan, wife terus tolong aunty kemaskan dapur. Tapi tak la semua..pinggan je..makanan letak atas meja. Yang best musim sejuk ni, lalat tak ada..so kalau makanan tu terbiar pun takde penutup still okey...no hal. Tapi yang tak best..makanan cepat sejuk..so kena la makan time tu jugak..kalau dibiar..terpaksa la dipanaskan balik.
Sementara yang perempuan di dapur, uncle ajak saya ke ruang tamu tengok tv. Tak lama lepas tu diorang perempuan pun join sama tengok tv.
Terasa mengantuk, kami pun mintak diri nak masuk bilik tidur. Tapi aku teringat ada match bola English Premier League..Manchester United vs Blackburn..tengok online je la guna wireless rumah ni..sambil-sambil baring..wife pulak sibuk nak pasang heater..sejuk katanya..
Ok lepas dah mandi solat apa semua..tidur. Esok kami akan berjalan-jalan di sekitar bandar dulu...tomorrow the journey in Hong Kong begins!
SCC
13 Jun 2012, 2.11pm
selamat menempuh alam rumah tangga..semoga berbahagia
terima kasih Mother of Two:)
Nice blog bro :)
tq bro!