Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal) Part 1

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 17, 2014


Its time to continue with the story and tips of my experience travelling to Perth, Western Australia.

Perjalanan yang mula dari 12.05 pagi akhirnya tiba pada 5.10 pagi. Waktu di Perth ni sama dengan Malaysia, tak perlu adjust masa.

Bila dah keluar dari pesawat, terus bergerak ke tempat pemeriksaan imigresen di tingkat bawah. Terus isi Arrival Card yang tersedia di satu sudut. Pemeriksaan imigresen di sini agak ketat. Ada juga anjing pihak imigresen gunakan untuk periksa para penumpang sewaktu beratur nak cop passport ketibaan. Yang tak best, tentunya orang Malaysia yang beragama Islam, takut kena air liur anjing tu. Melihatkan ramai orang Malaysia mengelak dan 'buat hal', pegawai imigresen atau pun Mat Saleh tu siap cakap, "dont worry you all, he is not going to bite you'. Suasana yang serius dipenuhi gelak ketawa secara tiba-tiba.

Setelah melalui 3 ke 4 kali saringan oleh pihak imigresen Australia, kami akhirnya keluar ke bahagian lobi. Kami duduk dulu di lobi Perth Airport tu. Fikir nak buat apa seterusnya setelah agak stres dengan saringan yang ketat.

Tips saya, beri kerjasama sepenuhnya..beritahu nak tinggal mana, apa makanan di bawa, tujuan apa..insyaallah akan lepas. Teruskan baca entri yang banyak gambar ni.






6.44 pagi - bergambar dulu kat luar ni




Pukul 6.54 pagi. Kelihatan keluarga muslim duduk berdekatan kami.
Lepas dah bergambar kat luar airport, masuk lagi pasal nak subuh dulu. Nampak dah bilik solat khas di airport tu. Melalui bacaan di blog para blogger yang dah pernah ke Perth ni, saya dari jauh dah nampak di mana kedudukan bilik solat tu. Keluar dari pintu ketibaan, toleh sebelah kiri, nampak la tu kat hujung. Syukur, pihak airport ada sediakan walaupun diorang bukan negara Islam. 

Tapi bilik tu hanya bilik, tak ada tempat ambil wuduk. So kena ambik wuduk di tandas. Bayangkan, tandas terletak di tengah international airport ni..dan bilik solat tadi pulak bahagian paling hujung sebelah kiri dari pintu ketibaan.

Rupanya kat tandas dah ramai orang Malaysia Islam sepenerbangan dengan kami pun tengah ambik wuduk. Siap angkat kaki ke dalam singki. Apa la orang putih sana fikir kan tengok orang Malaysia cuci kaki kat singki. Hehe..habis basah singki tu. Kalau nak tau orang putih ni pantang kalau tandas basah. Pasal tu diorang cuci apa-apa pun pakai tisu tandas je.

Ok, dua kali saya ambik wuduk. Pasal? Lepas dah wuduk, tersentuh tangan isteri time pass barang kat lobi luar tu. Jalan la lagi sekali ke tandas tu nak ambik wuduk. Kali ni berseorangan dan cepat-cepat ambik wuduk pasal tak mau orang putih nampak saya terkangkang-kangkang masukkan kaki ke sinki nak cuci kaki..haha.

Bila dah sampai bilik solat tu, dah ada 2,3 remaja lelaki dan perempuan-perempuan nak solat tapi tak ada imam. Ok saya jadi imam.
6.56 pagi. Masih lagi gelap kat luar ni. Tapi dah sibuk. Shuttle bus tak henti-henti singgah
Setelah selesai, saya kembali ke lobi bertemu isteri. Waktu tu lebih kurang dah dekat 7.00 pagi. Kami pun angkat segala beg ke pintu luar airport. Nak bergambar dulu kat luar sebelum bergerak.

Apa yang mengharukan, di luar tu staff airport yang menjaga lalu lintas sangat ramah. Terutama ada staff perempuan tu..berambut blonde dan usia agaknya sekitar 50 tahun. Tengah kami berhabis bergambar kat luar, dia offer nak tolong ambilkan gambar kami suami isteri..siap suggest background mana yang sesuai. Punya la baik dan kami sangat berterima kasih atas keramahan dia.

7.07 pagi

7.08 pagi
 Welcome to Perth, Western Australia!!


7.18 pagi.




7.19 pagi
Gambar Tower ni la yang selalu saya tengok kat blog orang lain yang dah travel ke sini..akhirnya kali ni dapat tengok dengan mata sendiri..alhamdulillah.



Yang ni pulak rupa kat luar airport tu bila dah cerah. Tapi masih awal untuk kami...sempat lagi gambar-gambar sepuas hati.



7.24 pagi
Kalau nak cara mudah terus ke Perth City..boleh la guna perkhidmatan perkhidmatan CONNECT shuttle kat atas ni. Shuttle Bus tu akan directly hantar korang di depan penginapan korang di city. Kos dia dalam AUD 15.00 sehala . Masa perjalanan pula dekat sejam pasal korang kena transit ke Perth Domestic Terminal Airport dulu dalam 15 minit perjalanan.  

Tapi kalau korang ramai dan nak jimat sikit, naik la teksi..kos dalam lebih kurang AUD 30+ ke atas..kalau ada 4 orang boleh la bahagi-bahagi bayar kan.



Tapi cara yang paling jimat tentulah cara saya. Berhabis saya buat research dan inilah cara yang paling murah dan tak juga sukar.
Caranya, akan saya kongsi dalam entri seterusnya. Memang jimat habis! Lebih-lebih untuk backpackers traveller macam kami ni.

Comments (12)

untunglah dpt pergi Perth
hehehe..
giler jauh nak berjalan pi amek wuduk..
thx drop komen :)

terima kasih 2 u 2 el:)

bila nak update percutian ke perth day 2 ni hahah sibuk eh

thanks el sebab bertanya:)

haha banyak picture sgt...banyak nak edit & pilih...hopefully in 2,3 days..:)

ok ok take ur time ok
nti dah update..sila inform..iols is sllu lupa hahahaha

ok bos! hehe

iols dtg terjah
sj nak tinggal jejak ekekeke
how are you busuk!!!ekekeke kbai

haha tq terjah..memang dah bersarang blog ni...ekekeke

Puas sy tggu..hehe ble nk smbung ni...

MASHIRNANI~tq sudi jenguk blog yang tak seberapa ni=)sangat sorry pasal sibuk semenjak dua menjak ni. hopefully boleh update ASAP=)

apa nama hostel penginapan d perth. brapa rm?

Tanpa Nama~Northlodge Backpackers. AUD 280.00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...