Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 0 (KK - KL)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, Disember 09, 2013

Kali ni saya akan berkongsi pengalaman melancong ke Perth, Western Australia pada bulan Mei-Jun 2013 baru- baru ini. Bagi yang nak cari tips macam mana nak ke sana atau cara melancong di sana nanti, ini adalah tempat yang sesuai untuk korang.

Untuk permulaan pengembaraan kami dari KKIA (Kota Kinabalu International Airport) menaiki pesawat Malindo Air ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) boleh la baca di artikel ini (Tips dan Pengalaman Naik Malindo Air


Saya akan terus melompat ke bahagian bagaimana kami dari LCCT (Low Cost Carrier Terminal) Kuala Lumpur terus ke Perth Australia.

Dari KLIA kami ke LCCT. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Tambang untuk seorang adalah RM2.50. Tiba di LCCT lebih kurang 8.10 malam. Masih awal lagi..waktu penerbangan kami ke Perth adalah 12.05 pagi. 

Jadi kami nak makan malam dulu di Taste of Asia. Order Nasi Lemak Special dan Mee Hoon Special.
Kami terus stay situ lepas selesai makan, sehinggalah 10.50 malam. Memang penantian yang membosankan.



 



Gambar dari Handphone
Semasa nak ke departure hall, kena melalui dua pemeriksaan. First yang macam biasa, scan segala beg kita. Turun ke bahagian bawah pulak, ada lagi pemeriksaan terakhir sebelum dibenarkan masuk ke departure hall. Kali ni scan jugak, tapi lepas tu pegawai akan mintak beg dibuka. 
Malang apabila 1 tin sardin & 2 tin tuna dirampas. Tak puas hati, saya dengan sopan tanya pegawai tu. Menurut dia, peraturan baru mulai tahun ni di mana pihak berkuasa Australia telah melarang sebarang makanan di dalam tin..tak seperti sebelum ni ok saja. Akhirnya pasrah, hanya Instant Porridge dan Maggie kami saja yang terlepas.
Majoriti orang putih yang berada dalam bilik perlepasan tu. Boleh dikatakan flight memang full tak ada seat kosong. Nak naik tangga ke kapal pun berbaris macam nak beli makanan time kat  sekolah dulu. Tepat 12.10 pagi pesawat pun berlepas.

Gambar dari Handphone
Mata dah layu dan badan terasa letih, tapi tak dapat-dapat tidur. Akhirnya tertidur. Terbangun dekat 4 pagi. Sedar tak sedar belum lagi dapat makanan yang kami order..Chicken Butter Masala & Pak Nasser's Nasi Lemak. 
Terus inform kepada pramugari nak makan, walau kenyang dan nak sambung tidur..tapi takut rugi pasal dah beli dah makanan tu. So pengajarannya, tak payah la nak beli makanan kalau flight 12.05 pagi ke Perth ni..bukannya lapar pun kalau dah makan malam tadi.



Lepas makan. Cuba tidur semula. Sekali tersedar oleh announcement pramugari. Kami dah nak mendarat sekitar 5.10 pagi. Lebih awal dari jadual awal. Syukur alhamdulillah. Macam tak percaya dah sampai ke Australia.

Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 0 (KK - KL) 
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal) Part 1
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City) Part 2


SCC,
9 Disember 2013, 7.00 am.

Comments (2)

salam, i dah selamat balik pun dr perth. i jadikan blog blog ke perth ni sebagai panduan hehehe.. yup i pun stay in mahira holiday homes and memang i setuju sgt2 yg service diaorg tip top. very good. professional and very efficient. so i thought i would like to share pasal service diaorg di blog2 ni hehehehe i tak kena bayar ye untuk advertise perkhidmatan diaorg tapi i terpanggil untuk advertise sebab service and penginapan diaorg memang thumb up. i am full board pakej diorg 5 days 4 nights with air ticket dan semuanya la. memang tak pening2 kepala. bawa duit nak belanje je.. and memang terrrbaikkkkkk

fazira ahmad~syukur lah dapat juga awak kongsi mana tempat menginap dan bagus kat perth=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...