10 Tempat Menarik di Hong Kong

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, November 14, 2013

 (10 Best Places to Visit In Hong Kong)

#1   The Peak

The Peak Tram
Merupakan antara tempat yang wajib pergi semasa berada di Hong Kong. Berada di puncak (Sky Terrace 428) membolehkan korang untuk menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong. Cara ke sini sama ada dengan kereta atau pun tram.

 

Di The Peak ini, terdapat sebuah bangunan bernama Peak Tower. Banyak kedai-kedai untuk korang membeli belah di dalam. Walau bagaimanapun, yang menjadi tarikan popular di dalam tentunya Madame Tussauds, Ripley's Believe It Or Not dan di atas puncak atas bangunan ni, Sky Terrace 428 merupakan spot terbaik untuk melihat seluruh bandar Hong Kong.



#2   Disneyland 

Hong Kong Disneyland
Terletak di Lantau Island. Memang destinasi wajib pergi bagi mereka yang pernah membesar dengan kartun-kartun Disney. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah HKD399.00. Kawasan ni sangat luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Sekiranya korang masih kanak-kanak, tentunya korang tak kan puas berada sehari saja di sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...