Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal) Part 1

12

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 17, 2014


Its time to continue with the story and tips of my experience travelling to Perth, Western Australia.

Perjalanan yang mula dari 12.05 pagi akhirnya tiba pada 5.10 pagi. Waktu di Perth ni sama dengan Malaysia, tak perlu adjust masa.

Bila dah keluar dari pesawat, terus bergerak ke tempat pemeriksaan imigresen di tingkat bawah. Terus isi Arrival Card yang tersedia di satu sudut. Pemeriksaan imigresen di sini agak ketat. Ada juga anjing pihak imigresen gunakan untuk periksa para penumpang sewaktu beratur nak cop passport ketibaan. Yang tak best, tentunya orang Malaysia yang beragama Islam, takut kena air liur anjing tu. Melihatkan ramai orang Malaysia mengelak dan 'buat hal', pegawai imigresen atau pun Mat Saleh tu siap cakap, "dont worry you all, he is not going to bite you'. Suasana yang serius dipenuhi gelak ketawa secara tiba-tiba.

Setelah melalui 3 ke 4 kali saringan oleh pihak imigresen Australia, kami akhirnya keluar ke bahagian lobi. Kami duduk dulu di lobi Perth Airport tu. Fikir nak buat apa seterusnya setelah agak stres dengan saringan yang ketat.

Tips saya, beri kerjasama sepenuhnya..beritahu nak tinggal mana, apa makanan di bawa, tujuan apa..insyaallah akan lepas. Teruskan baca entri yang banyak gambar ni.



Tarikh Hari Raya Puasa/Aidilfitri 2014

4

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 08, 2014

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2014 dijangka akan jatuh pada 28 Julai 2014 bersamaan hari Isnin.




Bermakna hari esoknya iaitu Selasa, 29 Julai 2014 adalah hari kedua Raya Aidilfitri dan kita masih bercuti.

Itu juga bermakna pada 26 dan 27 Julai iaitu masing-masing sabtu & ahad adalah masa cuti yang tak perlu kita apply kerana itu cuti wajib dan boleh la kita gunakan sepuas-puasnya untuk persiapan balik kampong & bersiap untuk buat rumah terbuka.

Yang menariknya, kita boleh apply cuti untuk rabu, khamis dan jumaat berturut-turut dan hanya akan kembali bekerja pada Isnin depan iaitu 3 Ogos 2014. Cuti seminggu!!

Bagaimanapun tarikh ini masih tertakluk kepada anak bulan yang akan dicerap nanti.

Saya akan update kan.

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 1 (Chek Lap Kok International Airport)

SCC
8 April 2014, 6.00am.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...