Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, Jun 18, 2013

Seperti mana yang dinyatakan dalam entri lepas, kami terus menuju ke arah stesen bas berdekatan dengan terminal feri untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu The Venetian Macao.

Rupa-rupanya, setiap resort/casino di Macau ni ada menyediakan perkhidamatan bas secara percuma buat pengunjung untuk ke sana. Tak perlu bayar, hanya naik saja.

Oleh sebab itu, kami menaiki bas besar berwarna biru tertera tulisan Venetian. Suasana dalam bas boleh dilihat di gambar bawah ni.




Yang bawah ni tak tau apa.


Bas berwarna hijau yang boleh dilihat bawah ni merupakan bas awam yang boleh dinaiki untuk ke tempat-tempat lain di bawah seliaan Reolian Public Transport. Boleh ke laman web dia untuk merancang perjalanan korang di Macau, lengkap sekali dengan harga tiketnya.




Okey macam ni lah bas yang kami naik tu. Memang bas yang besar dan menyelesakan.




Sewaktu tengah leka mengambil gambar baru saya sedar dengan ayat di bawah ni. Grand Prix Macau.  Rupanya litar lumba yang famous tu berdekatan tempat ni rupanya. Bahkan, tempat bas menunggu ni adalah tempat untuk garaj dan pit stop kereta/motor yang berlumba tu!




Tak lama lepas tu bas memulakan perjalanan. Memandangkan cuaca hari ini adalah sangat sejuk, persekitaran pun agak berkabus/berjerebu dan cuaca yang suram.

Jari saya tak berhenti untuk mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke Venetian tu.




Dari jauh, saya dah nampak bangunan kat bawah ni. Wah besarnya walau dari jauh! Ini adalah bangunan kasino yang terkenal tu, Grand Lisboa

Tapi malangnya kami tak sempat ke sana.








Terserempak bangunan yang menarik kat bawah ni. Ala-ala macam ada kubah pulak bangunan besar ni. Mesti hotel ni...




Sewaktu bas mengelilingi bangunan besar tadi, terjumpa nama bangunan ni. Rupanya bernama Galaxy Macau.








Aik rupanya tujuan kami iaitu Venetian Macao tu terletak bersebelahan dengan bangunan Galaxy tadi tu. Okey! Nanti lepas dari Venetian Macao kami nak ke bangunan yang besar tu!

Bila bas dah sampai, bergambar lagi.


Kami dah sampai ke The Venetian Macao! Waktu ni 11.53 pagi.


Tengok, sebelah je kan bangunan Galaxy tu!








Sebelum masuk ambik gambar lagi bangunan Galaxy tu dari jauh!




Okey, kami pun memulakan perjalanan masuk ke dalam The Venetian Macao ni. Wah, persekitaran dalam macam mewah. Semua mewah. Lampu dia pun warna kekuning-kuningan untuk cipta suasana kemewahan.


Besar sungguh dalam ni! 

Rupanya The Venetian Macao ni adalah hotel mewah dan resort kasino yang dimiliki oleh Las Vegas Sands. Ianya direka menggunakan model yang sama seperti The Venetian Las Vegas. The Venetian Macao yang siap pada 2007 ni merupakan kasino terbesar di dunia!










Hah ni antara sebab kenapa bangunan ni dinamakan Venetian. Bila dah kat tengah dalam bangunan ni kami jumpa bangunan-bangunan dan suasana seperti berada di Venice, Itali. Cantik sungguh. Korang boleh lihat ada jugak 'langit' ciptaan tu..macam real kan. Setiap bangunan pulak mempunyai tingkap-tingkap yang sebenar.




Kan saya dah kata, macam Itali. Ada saluran sungai kecil yang menyelusuri bandar air ini..






Waktu kami pergi ni, baru je lepas Krismas, tak heran ada pokok Krismas kat sini ye.




Nah ada kan Gondola macam kat Grand Canal di Venice tu! Mahal jugak nak naik ni..bukan free ok. Hampir nak rasa naik ni, tapi last-last tak jadi pasal membazir pulak kan.











Di dalam Venetian Macao ni memang terdapat banyak butik-butik pakaian yang mewah. Tapi hanya satu saja yang saya tertarik, ni dia kedai Manchester United! Wah terus besar langkah saya masuk ke dalam ni. Dari tadi asyik tengok wife masuk ke kedai-kedai dari luar je, sekarang giliran saya!



Dalam kedai ni punya la lengkap! Semua jersi setiap pemain MU ada di jual. Bahkan bola, video, dvd, apa-apa saja la berkenaan MU ada!




Saya sempat ambik gambar kat dalam kedai ni sebelum ditegur bahawa mengambil gambar adalah dilarang! Hehe.





Waktu terserempak McD ni, perlu dah mula terasa lapar! Ok kami akan ke food court nak makan.








Dah sampai pun ke food court kat Venetian Macao ni. Punya la ramai manusia kebuluran! Hehehe


Setelah jenuh singgah ke setiap kedai makan, kami akhirnya beli makanan macam kat bawah ni di sebuah kedai India. Pemilik dan pekerja memang orang India. Dalam hati terfikir, memang kaya la diorang ni mampu buka kedai makan kat resort mewah ni kan.


Waktu ni dah 1.11 petang..patut la lapar!


Boleh dilihat dari jauh kedai India yang kami order makanan tu, Indian Spice Express!


Setelah kenyang kami pun keluar dari bangunan ni kiran-kira jam 2 petang. Tujuan seterusnya adalah untuk ke bangunan bersebelahan tadi iaitu Galaxy Macau!


Nantikan sambung entri seterusnya apabila kami ke Galaxy Macau tu!

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)


SCC,
18 Jun 2013, 4.00pm

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...