Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 6 (Disneyland - Citygate Outlet)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, Jun 15, 2013

Setelah siap dari berjalan-jalan di Disneyland Hong Kong, kami terus bergerak ke Citygate Outlet. Dalam beberapa minit saja dah sampai. Mall ini juga terletak di Lantau Island.



Dibuka pada tahun 2000 dengan nama Citygate. Tetapi pada tahun 2006, ianya telah dinamakan kepada Citygate Outlet. Outlet yang besar ini merupakan satu-satunya Mall Outlet di Hong Kong. Kebanyakan barang-barang di sini ditawarkan diskaun sekitar 30% ke 70%. Best kan? Original lagi tu!

www.discoverhongkong.com
 So tempat pertama kami singgah dalam ni adalah Pacific Coffee ni. Order coffee dan jugak kek. Waktu ni 4.59pm dan cuaca kat luar memang sangat sejuk. Jadi bila dah jumpa kopi yang panas memang terasa sedap la jawabnya.



Ada ramai jugak mat saleh kat di sekitar kami time ni. Yang paling tak dapat dilupakan, ada couple mat saleh ni datang semula ke Pacific Coffee ni pasal tertinggal barang. Kemungkinan dompet/beg duit kot. Siap dia tanya orang-orang sekeliling tempat diorang duduk minum sebelum tu. 

Bila difikirkan sedih jugak la kan. Dah la diorang merantau nak melancong ke negara orang, duit pulak hilang, passport lagi. Tak ke susah tu. Semoga diorang jumpa la balik apa yang diorang hilang tu.
  

Bila dah selesai, mula lah kami berjalan kat dalam ni. Memang luas jugak. Barang-barang branded lagi tu. Yang paling rambang mata tentulah kaum perempuan.


Nak tahu kenapa murah kat sini walaupun original? Macam saya tulis tadi, ni adalah satu-satunya Mall di Hong Kong yang mana para pengeluar produk-produk akan jual barangan diorang kepada orang awam secara terus.


Pelbagai jenama yang baru pertama kali dilihat ada di sini. Gambar kat atas MAX & Co. Outlet. Kat bawah ni pulak Coach Factory. Branded!


Yang lelaki tentu kenal jenama mahal kat bawah ni kan.








Keseluruhan tempat ni adalah setinggi lima tingkat. So simpan la duit banyak-banyak sebelum datang kat sini. Bukan senang nak jumpa barang ori tapi ada diskaun.










Tak banyak sangat nak explain, pasal semua kedai-kedai untuk membeli belah. Saya hampir nak beli jam tangan, diskaun tinggi, cantik lagi tu. Tapi rambang mata tak tau nak beli apa. Last-last tak dapat apa. Haha.




Waktu gambar di atas diambil lebih kurang 7.07pm. Tak lama lepas tu kami pun balik lah. 

Esok nak ke Macau pulak=)

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)

SCC,
15 Jun 2013, 7.00pm

Comments (2)

seronok nyer dapat makan angin kat tempat orang..

terima kasih bunda=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...