Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 2 (The Peak Tower - Madame Tussauds)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Julai 10, 2013

Kami meneruskan langkah kami memasuki The Peak Tower tu. Masyaallah ramai pulak orang dalam tu. Tengok dari luar macam biasa je.

Setelah masuk, tekaan saya benar, Madame Tussauds ada dalam ni!!!


Disebabkan ramai orang jugak la kami kena beratur agak panjang sikit untuk beli tiket. Tak apa, ini lagi okey berbanding berdiri kat luar yang sejuk tu. Lagipun saya sangat teringin nak ke sini setelah family saya dulu pernah ke UK tanpa saya yang menghadapi peperiksaan akhir tahun..balik saja diorang cerita pasal Madame Tussauds dan tunjuk gambar-gambar manusia lilin yang seakan-akan asli tu. Jeles!




Setelah selesai beli tiket, mengikut lorong yang disediakan untuk masuk ke dalam, ada patung Jackie Chan yang tersedia untuk pengunjung bergambar. Ada jurugambar khas yang akan ambil gambar dan seterusnya bagi resit. Di penghujung nanti kalau nak beli gambar yang dia ambil tadi boleh la ke bahagian kaunter pemprosesan gambar untuk urusan membelinya.

Selepas tu baru kami memulakan semula langkah seterusnya. Masuk-masuk je nampak Nicole Kidman senyum ke arah saya..

Nicole Kidman

Chiling Lin

Nicole Kidman

Cecilia Cheung

Eddie Murphy

Robert Pattinson (Twilight)

Seingatnya ni Madame Tussaud

Brangelina (Brad Pitt & Angelina Jolie)

Bae Yong‑joon (Jun‑sang Kang - Winter Sonata)


Setelah puas melihat artis-artis dan orang kenamaan di atas, kami pun terus ke section yang seterusnya, rupanya ada tangga pulak untuk menuju ke bawah. Untuk makluman bukan semua gambar artis dan kenamaan saya snap ok. So kalau nak tau lagi detail datang la ke sini kalau ada rezeki lebih.


Puteri kesayang ramai menanti kami di bawah iaitu Diana, Princess of Wales.

Princess Diana

Jet Li
Seterusnya bersama kerabat diraja Britain, iaitu Queen Elizabeth II, suaminya Prince Philip dan anak mereka Princess Anne.

Bersama kerabat raja Britain

Leslie Cheung
Berada di Oval Office, White House bersama Barack Obama

Saddam Hussein

Adolf Hitler

Albert Einstein

Spiderman

Amitabh Bachan

Audrey Hepburn

Jack Sparrow - Johnny Depp

Madonna

Elvis Presley

The Beatles

Lady Gaga
Di akhir pengembaraan kami di dalam ni, kami naik semula lif yang disediakan khas untuk ke tingkat atas semula. Kami terus ke bahagian pemprosesan gambar untuk membeli gambar kami sewaktu masuk awal-awal tadi lagi.

Boleh nampak kan preview gambar kami di belakang kaunter tu. Siapa yang pernah bergambar dengan Jackie Chan? Hehehe


Harganya HKD100.00..lebih kurang dekat RM50.00 jugak la. Tapi kami sanggup! Hehe


Setelah selesai dari Madame Tussauds, kami pun keluar dan survey kedai-kedai kat dalam The Peak Tower tu..begitu jugak di bahagian luar. Dah puas bergambar dan tak tahu nak buat apa lagi, kami pun terus bergerak dalam waktu lebih 2pm lebih untuk ke Stanley Market dan Stanley Street yang sememangnya antara tempat popular untung para pelancong. Nantikan entri saya seterusnya.

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 2 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 1 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 1 (Chek Lap Kok International Airport)

SCC,
10 Julai 2013, 7.00pm

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...