Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Julai 10, 2013

Hari ke-7 kami (7 Januari 2012) pukul 11.32am lagi kami telah tiba ke salah satu destinasi yang kami wajib pergi iaitu The Peak. Kami tiba setelah dihantar, jadi kalau nak bagitau macam mana public transport ke sini saya pun dah lupa. Maklum la dah ada kemudahan dihantar, syukur.

Sedikit maklumat mengenai The Peak, ianya terletak 552m di atas paras laut pada gunung yang tertinggi di Hong Kong Island. Penduduk elit di zaman pemerintahan British telah menggunakan puncak ini sebagai tempat untuk berlindung di kala musim panas.

Kediaman musim panas bagi Governor Sir Richard MacDonnell juga telah dibina di sini pada waktu tersebut. Tidak lama selepas itu, ramai penduduk dari kalangan golongan mewah turut ikut serta. Kebanyakan mereka menggunakan Sedan Chair untuk turun naik bukit ini yang dibawa oleh staf peribadi mereka etc. Sejak 1904, The Peak telah diwartakan sebagai tempat khas untuk para expatriat, tetapi amalan ini telah diberhentikan sekitar 1947.






Dari jauh kami nampak sesuatu yang menarik di dinding ni. Setelah dekat, rupanya ianya adalah gambar yang menunjukkan rupa sebenar kepadatan penduduk di Hong Kong pada kediaman mereka.


Ok tentulah perkara pertama kami nak buat adalah ke Observation Deck dia ni. Hong Kong memang cantik kalau dilihat dari sini..maklum la dari atas bukit.



Sewaktu tengah berjalan nak ke tingkat atas, baru ternampak The Peak Tower ni. Ini yang saya asyik nampak di internet, sekarang ada di depan mata dah! Yang saya tau ada Madame Tussaud di sini, tapi tak pasti adakah di bangunan yang kami berada sekarang ni atau bangunan The Peak Tower tu.




Hah kami dah berada di Observation Deck. Mata mula tercari-cari mana tempat biasa orang ambil gambar yang ada kat internet tu sampai boleh nampak satu bandar Hong Kong. Cuaca waktu ni sangat sejuk dan berkabus jadi agak sukar sikit nak nampak dengan jelas..maklum la musim winter.


Kalau nak guna benda ni free jer.



Tak sangka kat atas ni ada Sunshine House International Pre-School. Mesti anak-anak orang kaya atau diplomat luar negara saja yang dihantar di sini.






Ini The Peak Tower yang berada bersebelahan dengan bangunan kami berdiri sekarang ni. Memang menakjubkan rekaan bangunan ni. Nampak tak atas tu, itu adalah Sky Terrace 428. Platform tertinggi bagi melihat pemandangan di sini. 428 tu bermaksud 428 meter dari paras laut.




Hah dah jumpa pun spot yang menarik untuk bergambar! Tapi cuaca kabus la pulak.



Setelah puas bergambar di atas, kami nak ke sebelah sana pulak.



Dalam perjalanan turun dari bangunan yang kami berada ni, terserempak dengan SASA ni. Berpakat dengan isteri nak singgah jap beli apa yang patut sebagai ole-ole.


SASA menurut pengamatan kami di sini lebih murah berbanding SASA Malaysia. Entah kenapa..


Akhirnya kami dah keluar dari bangunan tadi. Ok nak ke bangunan The Peak Tower ni pulak. Silap-silap dalam ni ada terletak Madame Tussaud tu kan. Waktu ni lebih kurang 12.58pm.


Ni pulak adalah tempat untuk The Peak Tram tu. Korang boleh beli tiket dia guna wang tunai atau guna Octopus Card untuk menikmati perjalanan selama 7 minit ke puncak ni..atau pun untuk turun.


Ni adalah gambar tram tu sewaktu malam. Kredit kepada discoverhongkong.com


Pada entri seterusnya saya akan kongsikan apa kami lakukan di dalam bangunan The Peak Tower tu.

ps: Selamat menunaikan ibadat puasa kepada yang beragama Islam. Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita..amin.

http://fifa3290.blogspot.com/

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 2 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 1 (Chek Lap Kok International Airport)

SCC,
10 Julai 2013, 12.00pm.

Comments (2)

menarik gak.. this year tak tau lagi nak jalan2 mana.. brapa agak2 kos yer?

kalau kami berdua saja, tiket return lebih kurang rm1500+..beli 3 bulan awal..kira murah la jugak..tapi bab makan/penginapan tu kena kontrol la:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...