Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Khamis, Julai 11, 2013
Kami seterusnya tiba di Stanley Market yang terletak di bandar kecil, Stanley pada 3.05pm. Kalau nak tahu sini antara tempat yang agak famous jugak untuk para pelancong membeli ole-ole atau pun gift. Ketika ni suasana masih lagi sejuk..matahari pun tak nampak langsung. Kami terus menjengah ke setiap kedai yang ada, maklum la nak beli ole-ole untuk orang kat Malaysia. Time ni jugak kami terasa cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar esok dah nak balik dah. Macam tak puas lagi bercuti kat sini.
Bila dah sampai kat sini ramai pulak orang. Orang putih pulak tu punya ramai. Orang melayu macam satu pun tak nampak kecuali kami ni.
Ada la beberapa gift yang kami beli kat sini untuk dibawa balik. Kalau borong memang murah jugak la.
Setelah siap berborong barang-barang di Stanley Market tadi, sedar tak sedar kami dah sampai ke sini. Di penghujung Stanley Market tu korang akan sampai ke sini. Deretan bangunan-bangunan ni terletak di kawasan Stanley Main Street.
Rupanya kawasan Stanley ni dekat dengan tepi pantai. Dah la sejuk, angin dari pantai lagi kuat, memang 'best'.
Yang ni pulak adalah Stanley Waterfront Mart.
Waktu ni tak ada apa sangat kami nak buat kecuali tengok-tengok tempat ni dan ambil gambar puas-puas.
Setelah puas meronda-ronda di Stanley Main Street tadi kami pun berpatah balik ke kawasan Stanley Market ni. Tunggu nak kena ambik.
Tak lama lepas tu dah sampai pengangkutan kami..adalah dalam masa 5.20pm. Kami terus balik ke rumah. Nak packing dah, esok flight balik sebelah malam. Kira pagi kalau ada masa nak jalan-jalan lagi.
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 2 (The Peak Tower - Madame Tussauds)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 3 (Galaxy Macau)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 2 (The Venetian Macao)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 6 Part 1 (Macau Outer Harbour Ferry Terminal)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 2 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 1 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 1 (Chek Lap Kok International Airport)
SCC,
11 Julai 2013, 1230pm.
Comments (0)
Catat Ulasan