Posted by Shin Chan Comel | Posted in Sejarah | Posted on Khamis, Mei 09, 2013
Untuk yang tidak mengetahui, bencana alam pun berlaku di Mekah. Tetapi yang paling kerap adalah banjir. Banjir yang paling teruk sekali tentulah ketika banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. Keseluruhan bangunan Kaabah ranap sama sekali dan terpaksa di bina semula.
Banjir turut beberapa kali berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Selepas kemangkatan baginda iaitu di waktu pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, banjir turut merosakkan dinding Kaabah.
Banjir yang paling terkenal terjadi pada 1941.
Banjir kerap kali berlaku di Mekah kerana keadaan geografinya yang dikelilingi bukit. Ini menjadikan keadaannya muka buminya seperti 'bowl'. Tambahan pula air hujan tidak mudah diresap oleh jenis tanah di sana.
Sebagai kesannya, banjir mengambil masa yang lama untuk surut. Selain itu sistem perparitan pada waktu tersebut tidak lah sebagus sekarang. Pemerintah Saudi telah beberapa kali melakukan pembaikan ke atas kerosakan akibat banjir.
SCC,
9 Mei 2013, 7.00pm
waah..
dasyat jugak banjir kt sana..
ingatkan panas n kering buatkan banjir lg cepat surut..
MissShila Nget, memang mengejutkan kan:)