Tips Melancong Ke Luar Negara Part 8

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, Mei 04, 2013


Print Peta
Cuba untuk print peta bagi kawasan yang korang nak melawat tu. Kalau boleh secara spesifik bagi setiap attraction area pun ada petanya. Ini penting sekiranya korang sedikit keliru bila dah berada di sana. Selain tu korang boleh tentukan di mana kawasan menunggu bas atau pun train yang terdekat di kawasan tersebut sekiranya korang becuti dengan menggunakan pengangkutan awam.

Makanan Halal
Kalau yang beragama Islam tentulah nak makanan yang halal. Cara paling mudah adalah dengan bawa barang makanan dari Malaysia yang dah sedia halal. Tetapi kekurangannya pulak, beg korang akan bertambah berat. Jadi option yang ada adalah untuk beli makanan bila berada di negara tersebut.

Sebelum bercuti ke sana, rajin-rajin lah untuk google di internet cari di mana kawasan yang mudah untuk mencari barangan halal. Ramai komuniti Islam berada di setiap negara di dunia ni. Secara mudah korang boleh dapat maklumat tu di Internet. Bayangkan kalau bercuti ke Korea pun korang boleh menjamah nasi goreng di restoran kendalian warga Indonesia yang bermastautin di sana.    

Kedai Cenderahati
Sudah tentu korang nak beli sesuatu untuk diri sendiri atau keluarga sebagai kenang-kenangan kan. Tapi bajet sudah pasti akan menjadi persoalan yang bermain di minda korang. Dapatkan maklumat di internet di kawasan mana mudah & murah mendapatkan cenderahati. Cenderahati ni secara lazimnya adalah baju, topi, fridge magnet, poskad, key chain dan lain-lain. 

Perbezaan harga barangan cenderahati di kawasan yang murah berbanding tempat lain boleh menjadi besar bezanya. Lazimnya google je di internet..ramai traveller dari Malaysia akan berkongsi maklumat hasil travel diorang kat sesebuah negara. So boleh la tau di mana kedai atau kawasan yang harga barangan cenderahati tu murah kan. 

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9

SCC, 
4 Mei 2013, 6.00am

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...