Posted by Shin Chan Comel | Posted in Tips Travel | Posted on Khamis, Mei 02, 2013
Mental
Bagi yang tak biasa atau first time ke luar negara mungkin akan homesick sedikit. Usaha untuk elak fikir kan tanah air. Ramai lagi traveller dari Malaysia seperti korang. Kalau diorang boleh, takkan korang tak boleh kan?
Lagi satu cara untuk kurangkan homesick, bawa la gambar mak/ayah/suami/isteri/anak korang tu. Makanan dari Malaysia yang dibawa bersama pun boleh membantu mengurangkan kesan homesick.
Toiletries
Kalau nak ke luar negara, usaha kurangkan barang yang nak di bawa atau beratnya. Salah satu yang terlibat adalah barang toiletries. Bawa berus gigi bersaiz kecil jika ada. Ubat gigi pun sama beli yang kecil je..boleh berkongsi untuk bukan sahaja 2 bahkan 7 orang. Barang-barang toiletries yang lain pun apply cara yang sama.
Baju
Bawa baju yang sesuai. Sekiranya musim sejuk pastikan baju cukup tebal. Tak perlu bawa baju banyak sangat pasal korang yang akan susah nak angkat nanti.
Lipatan Baju/Seluar
Salah satu tips untuk jimat ruang dalam beg adalah melalui cara lipatan baju atau seluar korang. Kalau korang isi baju/seluar ke dalam beg dan lipatannya adalah cara yang biasa, jangan hairan baru sedikit saja dah penuh beg korang. Tipsnya, 'roll' kan baju atau seluar korang tu. Ini akan menjimatkan ruang beg. Jadi tak payah la bawak beg besar dah.
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2
Tips Melancong Ke Luar Negara Part 9
SCC,
2 May 2013, 6.00am
Comments (0)
Catat Ulasan