Tarikh Raya Puasa 2013

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Updated: Rabu (10 Julai 2013) Tarikh Mula Berpuasa!

Sedar tak sedar kita dah pun menghampiri hujung bulan April 2013. Macam baru je kan New Year hari tu? Sekali tengok kalendar dah 21 April dah hari ni. Bermakna tinggal beberapa bulan lagi nak berpuasa kan.

Jadi bila tarikh raya aidilfitri atau tarikh raya puasa tu? Kalau tengok ramalan kalender Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 8 dan 9 Ogos 2013, bersamaan hari Khamis dan Jumaat.

tarikh,raya,puasa,aidilfitri,2013,gambar,ramalan,bila,jatuh,hari raya,ramadhan,ramadan,tips,maklumat,islam,malaysia

Maksudnya, bagi yang golongan bekerja tu boleh la cuti empat hari terus sampai ke Ahad. Melainkan korang terfikir nak ambik cuti seminggu lepas Ahad tu?

Apa-apa pun, bagaimana pula ramalan tarikh puasa 2013? Lihat kalender di bawah.

 Kita berpuasa di bulan Ramadhan diramal akan jatuh/bermula pada 10 Julai 2013.

tarikh,raya,puasa,aidilfitri,2013,gambar,ramalan,bila,jatuh,hari raya,ramadhan,ramadan,tips,maklumat,islam,malaysia


Walau bagaimanapun semua tarikh tersebut di atas ni hanyalah ramalan awal kalender. Belum muktamad lagi. Tarikh sebenar akan kita ketahui bila mana anak bulan dilihat. Ini semua akan dimaklumkan nanti oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

ps: Saya akan update nanti kat entry ni tarikh sebenar.
pss: Update! Isnin (8 Julai 2013) dimaklumkan tarikh rasmi untuk melihat anak bulan.
psss: Rasmi..Rabu (10 Julai) Puasa!

SCC,
21 April 2013, 5.59pm

Comments (2)

thank u sebab inform.. :)

Pinkbubblegumprincess~welcome, selamat berpuasa=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...