Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Rabu, Julai 10, 2013
Kami meneruskan langkah kami memasuki The Peak Tower tu. Masyaallah ramai pulak orang dalam tu. Tengok dari luar macam biasa je.
Setelah masuk, tekaan saya benar, Madame Tussauds ada dalam ni!!!
Disebabkan ramai orang jugak la kami kena beratur agak panjang sikit untuk beli tiket. Tak apa, ini lagi okey berbanding berdiri kat luar yang sejuk tu. Lagipun saya sangat teringin nak ke sini setelah family saya dulu pernah ke UK tanpa saya yang menghadapi peperiksaan akhir tahun..balik saja diorang cerita pasal Madame Tussauds dan tunjuk gambar-gambar manusia lilin yang seakan-akan asli tu. Jeles!
