Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, April 27, 2013

Okey ni dia apa yang semua pengunjung nanti-nantikan. Perarakan di siang hari atau namanya yang sebenar Flights of Fantasy Parade.

Perarakan ini pertama kali diadakan pada 18 Januari 2011 sebagai salah satu acara bagi 'Celebration in the Air'. bagi meraikan ulang tahun ke-5 Disneyland Hong Kong ini.

Perarakan ini akan membawa korang untuk berjumpa dengan karakter-karakter Disney seperti Mickey Mouse dan rakan-rakannya..Dumbo, Winnie the Pooh, Snow White, Cinderella, Aurora, Belle, Baloo, King Louie, Tantor, Simba, Tinkerbell, Stitch, Woody, dan Buzz Lightyear.  

Okey perarakan dimulakan dengan gambar di bawah. Kalau nak tahu nama asal dia ni adalah Jumbo Jr. Tapi dia dengan kejamnya telah diberi nickname 'Dumbo'. Selalu diperlekehkan tentang telinganya yang sangat besar. Tetapi uniknya dia berkeupayaan untuk terbang menggunakan telinganya yang berfungsi seakan-akan sayap itu.

gambar disneylang hong kong pictures
Dumbo!



Untuk makluman korang, kalau nak tau, perarakan 'Flights of Fantasy Parade' ini telah menggantikan perarakan sebelumnya lagi 'Disney on Parade'.

Di bawah ni pulak adalah salah satu lagi karakter terkenal dalam Disney iaitu Winnie the Pooh. Dia sangat sukakan madu (honey).

gambar disneylang hong kong pictures
Winnie the Pooh

Perarakan ini merangkumi tujuh benda: Mickey's Magical Airship, Caught Up in Daydreams, Romance Takes Wing, Jumpin' Jungle Jam, The Magic of Pixie Dust, Hangin' Ten and Ridin' High, dan juga To Infinity and Beyond






Yang berikutnya pula bermula lah perarakan oleh para puteri-puteri yang jelitawan Disney. Memang bila part ni ramai yang teruja. Maklum lah karakter ni menggunakan manusia yang sebenar.



Dah nampak dah. Ada empat orang puteri naik kenderaan berbentuk angsa ni. Murah senyuman dan sentiasa melambai-lambai ke arah pengunjung.


Okey, dimulakan dengan Cinderella. Cinderella berusia 19 tahun. Mempunyai rambut blonde (kekuning-kuningan), bermata biru, dan kulit yang cerah. Dia telah dijadikan sebagai amah (pembantu rumah) di rumahnya sendiri dan kerap dibuli oleh ibu tirinya yang yang jahat, Lady Tremaine, dan dua orang adik beradik tirinya. Dia ni la yang muncul dalam cerita 'Cinderella'.





Add caption



Yang bawah ini pulak adalah Snow White. seorang puteri yang berusia 14 tahun dengan rambut pendek sehitam Ebony, bibir semerah bunga ros, kulit seputih salji, dan bermata kuning. Snow White ni seorang yang baik hati, manis budi pekertinya, ceria dan ber perwatakan seperti seorang ibu. Malangnya dia hampir dibunuh oleh ibu tirinya seorang permaisuri yang secara diam mengamalkan ilmu sihir yang cemburu akan kejelitaannya. Dia ni la yang muncul dalam cerita 'Snow White and The Seven Dwarfs'.

Turut bersama Snow White, yang berbaju kuning tu adalah Belle. Berasal dari sebuah perkampungan di France. Dia tinggal bersama ayahnya, Maurice, seorang pereka cipta yang mana ramai percaya telah gila. Belle sangat suka membaca dan teringin untuk hidup di luar kawasan kampungnya kerana baginya setiap pagi adalah sama seperti pagi-pagi yang sebelumnya dan ini membosankan. Kecantikannya menarik perhatian  di bandar dan ini menyebabkan dia dikejar oleh ramai lelaki.  Paling terkemuka di antara mereka adalah Gaston, seorang pemburu yang sombong lagi angkuh yang teringin untuk mengahwini Belle. Tetapi Belle tidak menaruh perasaan yang sama untuk Gaston. Kesian. Dia ni la yang muncul dalam cerita 'Beauty and The Beast'.





Yang ni pulak adalah Princess Aurora. Tak nampak sangat pasal dia menghadap ke sebelah sana. Princess Aurora ni anak dara berusia 16 tahun dengan rambut berwarna emas yang panjang, bibir kemerah-merahan, bermata ungu, dan kulit yang cerah. Dia secara ringkasnya boleh di katakan sebagai manis budi pekertinya, naif, dan agak kuat bermain/bergurau. Dia tak suka bila mana pari-pari tak membenarkan dia untuk bertemu dengan sesiapa pun walaupun dia dah lama teringin untuk bertemu dengan orang luar yang tidak dikenali dan ingin melakukan benda-benda yang tak pernah berpeluang untuk dia lakukan. Dia ni la yang muncul dalam cerita 'Sleeping Beauty'.





Okey setakat ni saja dulu. Saya akan sambung di entry seterusnya ye. Harap para pembaca blog ni terhibur=)

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)



SCC,
27 April 2013, 7.36pm

Comments (2)

nice pic...

terima kasih:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...