Posted by Shin Chan Comel | Posted in Tips Kereta | Posted on Ahad, April 28, 2013
Hi, kali ini saya akan cuba kongsikan tips untuk tayar kereta.
Kedudukan Tayar
Untuk penjagaan tayar kereta yang bagus, korang disarankan untuk menukar kedudukan tayar setiap 3 bulan. Tukar secara bersilang. Maksudnya, tayar depan sebelah kiri akan ke belakang sebelah kanan. Manakala tayar depan sebelah kanan akan ke belakang sebelah kiri.
Kedudukan Tayar
Untuk penjagaan tayar kereta yang bagus, korang disarankan untuk menukar kedudukan tayar setiap 3 bulan. Tukar secara bersilang. Maksudnya, tayar depan sebelah kiri akan ke belakang sebelah kanan. Manakala tayar depan sebelah kanan akan ke belakang sebelah kiri.
Korang boleh lakukan secara sendiri atau ke kedai tayar berhampiran untuk tukar kedudukan tayar. Ini adalah penting kerana kadar kehausan tayar adalah lebih tinggi di bahagian hadapan disebabkan beban enjin, dan juga apabila kereta membelok.
Tekanan Tayar
Periksa tekanan tayar seminggu sekali. Mana tau tekanan dah berkurang, boleh la ke stesen minyak yang terdekat untuk tambah tekanan tayar. Kenapa, penting ke? Baca di bawah ni.
Bunga Tayar Kereta Menipis (Bahagian Tepi)
Sekiranya bunga tayar kereta dilihat menipis di sebelah luar iaitu sama ada di kiri atau kanan, itu bermaksud tekanan tayar korang selama ini kurang. Ini juga bermaksud kemungkinan Alignment(Keselarian) tayar kereta tidak sekata.
Bunga Tayar Kereta Menipis (Bahagian Tengah)
Sekiranya bunga tayar kereta dilihat menipis di bahagian dalam iaitu tengah tayar, kereta korang selama ini berlebihan tekanan angin.
Bunga Tayar Kereta Menipis (Tidak Sekata)
Sekiranya bunga tayar kereta dilihat menipis secara tidak sekata ini bermaksud penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.
SCC,
28 April 2013, 8.30pm
SCC,
28 April 2013, 8.30pm
Comments (0)
Catat Ulasan