Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Khamis, November 14, 2013
(10 Best Places to Visit In Hong Kong)
#1 The Peak
#2 Disneyland
#3 Ocean Park
#4 Ladies Market
#5 Avenue of Stars
Tempat ni sama seperti Hollywood Walk of Fame. Cumanya sini untuk meraikan para selebriti Hong Kong yang terkenal.
#6 Masjid Ammar
#7 Victoria Harbour (Symphony of Light)
#8 Stanley Market
Merupakan satu lagi tempat seperti Ladies Market yang mana korang boleh beli barang-barang cenderamata yang murah dan berbaloi. Terdapat banyak gerai di sini.
#9 Lan Kwai Fong
#10 Golden Bauhinia Square
#1 The Peak
![]() |
The Peak Tram |
Merupakan antara tempat yang
wajib pergi semasa berada di Hong Kong. Berada di puncak (Sky Terrace 428) membolehkan korang untuk menikmati
pemandangan bandaraya Hong Kong. Cara ke sini sama ada dengan kereta atau pun tram.
Di The Peak ini, terdapat sebuah
bangunan bernama Peak Tower. Banyak kedai-kedai untuk korang
membeli belah di dalam. Walau bagaimanapun, yang menjadi tarikan popular di
dalam tentunya Madame Tussauds, Ripley's Believe It Or Not dan di atas puncak atas
bangunan ni, Sky Terrace 428 merupakan
spot terbaik untuk melihat seluruh bandar Hong Kong.
#2 Disneyland
Hong Kong Disneyland |
Terletak di Lantau
Island. Memang destinasi wajib pergi bagi mereka yang pernah membesar
dengan kartun-kartun Disney. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah HKD399.00. Kawasan ni sangat luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Sekiranya korang masih kanak-kanak, tentunya korang tak kan puas berada sehari saja di sini.
#3 Ocean Park
Merupakan taman tema hidupan laut bertaraf dunia. Nak saksikan persembahan Dolphin? Singa Laut? Melihat Panda yang gemuk? Semuanya ada di sini. Lihat saja gambar di bawah ni. Kawasan ni terletak di atas bukit. Naik saja cable car.
Tiket masuk? Seorang dewasa hanya dikenakan HKD280.00.
#4 Ladies Market
![]() |
Ladies Market |
Nak cari cenderamata nak dibawa balik ke Malaysia untuk kaum keluarga? Sini tempat yang sesuai. Kalau pandai tawar boleh dapat yang murah. Pelbagai barangan ada. Tentunya para kaum hawa akan pening kepala nak beli apa pasal semua menarik. Tapi, pastikan korang hanya tawar menawar pada barang yang korang betul-betul nak beli. Kalau tidak? Hehe..jangan dicuba.
Tempat ni sama seperti Hollywood Walk of Fame. Cumanya sini untuk meraikan para selebriti Hong Kong yang terkenal.
#6 Masjid Ammar
Menempatkan masjid yang terkenal di kalangan pelancong dan pusat islam Osman Ramju. Bangunan lima tingkat ni juga terdapat Islamic Center Canteen yang terkenal dengan Dim Sum halal tu. Jangan hairan kalau terserempak orang Malaysia kat sini.
Makanannya memang sedap. Sangat berbaloi.
#7 Victoria Harbour (Symphony of Light)
Terletak di Victoria Harbour. Melibatkan sebanyak 44 buah bangunan dari kedua-dua belah kawasan ini, kita akan lihat pameran pancaran laser berwarna yang diiringi oleh lagu tertentu. Pameran ni berlangsung setiap malam selama 10 minit.
Tempat yang wajib pergi!
#8 Stanley Market
Stanley Market |
Merupakan satu lagi tempat seperti Ladies Market yang mana korang boleh beli barang-barang cenderamata yang murah dan berbaloi. Terdapat banyak gerai di sini.
#9 Lan Kwai Fong
Kawasan ni terletak kelab-kelab malam, restauran
dan juga bar. Bagi yang jenis nak melihat macam mana suasana kehidupan warga
Hong Kong di malam hari, ini tempatnya.
#10 Golden Bauhinia Square
Pada tahun 1997
Hong Kong telah dikembalikan kepada China
setelah sebelum itu berada di bawah pemerintahan kerajaan British.
Bagi meraikan penyerahan tersebut, kerajaan pusat
China telah menghadiahkan emblem Bauhinia
yang sehingga kini diletakkan di sini.
SCC,
14 November 2013, 7.00am.
Comments (0)
Catat Ulasan