Percutian ke Hong Kong - Macau Day 2 (Causeway Bay - Wan Chai)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 09, 2013

Hari kedua bermula!

Awal pagi bangun dah kesejukan yang amat. Isteri saya lagi la jenis yang tak tahan sejuk. Tapi inilah yang kami mahu. Bercuti ke Hong Kong dikala winter. Hehehe.

Dalam hati macam tak percaya dah berada di Hong Kong. Tapi, mahu tak mahu kena la percaya. *kan isteri?*

Hari ni diorang nak bawak kami berjalan shopping-shopping kat bandar dulu.

bercuti ke travel to hong kong tips
Yang kuning tu saja cantik
bercuti ke travel to hong kong tips
Awal pagi dalam 8.30am ada orang dah cuci kereta dalam kawasan perumahan ni. Untuk info area sini tempat orang-orang kaya Hong Kong tinggal. No wonder kereta kat bawah ni Ferrari, Audi, Rolls Royce etc...
bercuti ke travel to hong kong tips

bercuti ke travel to hong kong tips
9.47am. Pemandangan dari hadapan. Pegang cermin tingkap pun sejuk.

bercuti ke travel to hong kong tips
11am.
Selepas saja kami bersarapan di rumah, barulah kami keluar berjalan. Naik teksi. Dah dekat 11.00 pagi baru kami keluar dari rumah. Tapi kan, cuaca dekat luar tak panas. Sejuk. Keadaan matahari pun macam seolah-oleh suasana masih 8.00 pagi sedangkan sebenarnya dah dekat tengahari.

Yang menjadi tour guide kami tentulah aunty dan anak nya..thank you.

bercuti ke travel to hong kong tips kowloon
12.07pm. Baru mula perjalan ke bandar. Ke Causeway Bay.

bercuti ke travel to hong kong tips taxi teksi
Naik teksi. Tengok tu ID pemandu teksi yang bawak kami 4 orang.
Kawasan pertama kami pergi adalah kawasan sekitar Times Square. Masih teringat lagi, sewaktu keluar je dari kenderaan udaranya sangat sejuk. Ditambah lagi angin agak kuat. Lebih sejuk dari malam semalam kat pintu luar Hong Kong International Airport tu.

bercuti ke travel to hong kong tips times square
12.11pm. Dah sampai pun ke area Causeway Bay.
Agak mewah jugak kawasan tu..even kedai tu nampak macam kedai biasa kat tepi jalan je. Isteri saya, aunty serta anak nya tu just window shopping dulu. Memang betul kata uncle, Hong Kong ni pusat atau pun center of shopping and even activities and segala macam meetings kat dunia ni. Apa yang dapat dilihat, dekat mana-mana pun kami asyik terjumpa kedai atau pun butik mewah berjenama yang kami tak pernah dikenali, dengari atau jumpa. Kalau jenama Nike, Adidas tu kat Malaysia ni kira macam branded habis..tapi kat sana pulak macam biasa-biasa aje..atau low class sikit.

bercuti ke travel to hong kong tips times square
Jalan-jalan. Ramai orang la.

Selesai jalan-jalan dekat kawasan luar, barulah kami masuk ke dalam Times Square.

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
Nampak dah sign board Times Square

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
Memasuki bangunan Times Square

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
Naik Escalator dulu

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
Dah dalam Times Square. *Apasal aku amik gambar ni saja?*
Besar. Tapi lebih kurang setingkat dua je kami naik..tu pun tengok-tengok je. Aunty dan isteri kata mahal-mahal barang kat dalam tu. Saya tengok je dari luar. Tak masuk kedai dalam tu. Tengok dari luar pun tahu. *mahal*

Keluar lah semua kami dari Times Square tu.

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
Keluar semula. Barang mahal. 

bercuti ke travel to hong kong tips times square causeway bay
12.25pm. Jalan area luar. Nampak sign board Sasa tu? *Kedai feveret isteri aku*

Seterusnya kami ke Sogo. Ada benda unik yang saya lihat dan belajar kat sini. Pengalaman pertama bagi saya.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Dah nampak SOGO Hong Kong

FIRST. Penuh dan ramai orang kat sini. Tak lawan la ramai-ramai kat Kuala Lumpur tu. Dah la Sogo kat Hong Kong ni walaupun bertingkat-tingkat, tapi dalamnya tak luas. Sampai terlanggar-langgar bahu lagi. Kalau terlanggar yang muda okey lagi. Tapi terlanggar yang tua, rasa macam kurang ajar pulak kan. *tiba-tiba menjadi berbudi bahasa di tempat orang

Jadi, ramainya manusia ni adalah antara benda unik dekat Hong Kong. Malah saya percaya even dekat China, Jepun dan Korea pun macam tu..kan penduduknya ramai. Dekat luar bangunan lagi lah ramai. Time nak melintas jalan, tunggu lampu hijau untuk pejalan kaki. Ramainya orang ikut sama nak melintas. Mula-mula rasa kekok pasal asyik-asyik terlanggar orang...tapi lama-lama dah biasa. Bila disebut aunty, betul jugak, benda tu benda biasa kat sini. Kalau sekali dua terlanggar tu boleh la say sorry. Tapi kalau dah berpuluh kali, penat jugak tu asyik-asyik nak cakap sorry. Kesimpulannya, kami terus berlagak macam orang kat sana, kalau terlanggar buat-buat biasa je. 

SECOND. Semua orang berjalan kaki dengan pantas/laju. Susah nak jumpa yang berjalan  slow. Sampai naik hairan jugak tengah-tengah malam pun laju je berjalan. Tak tahu la diorang nak ke mana. Sedangkan waktu bekerja dah habis. Mungkin bergegas nak balik. Nak berebut siapa cepat naik public transport. 

THIRD. Ini yang saya mula nampak dekat Sogo tu. Majoriti pekerja dia yang melayan pelanggan (sales girl) terdiri dari kaum perempuan yang dah masuk dalam kategori makcik-makcik..yang umur 30, 40-an ke atas. Tapi kan, layanan diorang memang bagus. Tak nampak pun slow. Atau pun pergerakan terbatas pasal fizikal yang dah berumur. Itu yang buat saya  kagum. Siap bagitau kat isteri lagi. *Tapi dia mana sedar tu. Sibuk shopping. Hehe*

Di kala isteri tengah belek-belek barang, saya memerhatikan suasana tu. Menganalisa. Terfikir jugak, kan sana kos hidup tinggi. Mungkin itu menyebabkan diorang bersungguh-sungguh mencari rezeki even usia dah masuk kategori veteran. Kadang-kadang time nak beli barang tu, rasa kesian@segan jugak tengok makcik-makcik tu layan kami yang muda-muda ni. Tapi apa boleh buat.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Sekali lagi. *Dah nampak Sogo la*

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Nampak ni. Kami beli. Steam Brush/Iron. Ini pun makcik-makcik sales girl yang promote. Rugi kami tak beli 2,3.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Jenama Goodway

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
HKD398.00 harganya Iron tu. *murahnya. kata orang kaya la*

Time kat Sogo yang aku berkenan cuma satu, nak beli jam tangan. Ada la dua jam tangan berkenan. Satu jenama Police dan satu lagi jenama aku dah lupa. Teringin nak beli barang yang original. Original pulak tu dari Hong Kong. Last-last isteri kata tak nak tengok kedai lain dulu ke. Kan beratus kedai kat Hong Kong tu..takut tempat lain lagi la cantik jam nya. Okey, betul jugak tu..nanti la dulu.

Okey kami terus basement bangunan Sogo tu. Grocery Store. Tapi punya la ramai orang. Kaunter ada 2 atau 3. Yang berbaris di kaunter nak membayar sampai 15m panjang. Haha.

Saya dan isteri just tengok-tengok barang kat sana. Ternampak durian sebiji kat situ. Durian Thailand. HKD100+..adalah lebih kurang RM40 lebih harganya. *Tersenyum sendiri*

Lastly kami beli biskut dan jugak air mineral satu. Aunty dan anaknya pun ada beli barang. Nasib la ada sorang staff tu lambai-lambai kami yang barang sikit ni ke kaunter khas. *Potong queue*

Ok, saya yang beratur.

Nampak orang depan tengah bayar barang dia. Dah tau harga, dia bagi duit kat casher. Tiba la giliran saya. Dah nampak harga..HKD 18.80. Tapi.

Haha..belek-belek duit..tengok mana HKD 1..mana HKD 10..time tu baru nak kenal duit HK..baru nak tengok duit syiling..dah la warna warni..konpius konpius! Kesudahannya dapat la bayar..pasal guna je HKD 50.00. Tapi lama si casher tu menunggu saya serah duit. *hahaha*

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Add caption

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay makan
Dah keluar dari Sogo. Lapar. Makan dulu Sushi yang aunty beli kat SOGO. Berairkan Coke.

Time ni suasana dah makin 'hidup'. Lampu-lampu neon dah mula bernyala. Makin cantik bandar ni. Best. Best.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
4.15pm. Sambung jalan lagi kat luar

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Lalu Sogo lagi kat luar

4.42pm. Dari seberang nampak orang berbaris nak naik bas.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
Bauhaus. *Haha haus pun ada bau*

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
4.52pm. Sasa. Kedai ni kat HK murah. Tapi kalau kat Malaysia macam mahal je barang dia

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay

Dipendekkan cerita. Isteri saya yang suka shopping ni sungguh bertenaga di hari itu. Senyumannya tak lekang. Pergerakannya pantas. Macam biskut Oreo. Sekejap kedai sini. Sekejap dah kat kedai sana.

Sekali ada la dia masuk kedai nama MAPLE. Saya pulak tunggu kat luar. Boleh tengok suasana bandar ni.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay maple
Saya berdiri di luar butik Maple.

Then dia lambai-lambai dari dalam. Hah nak mintak opinion la tu. Last-last tengok resit bawah ni apa dia beli.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay
HKD 334.00! Lebih kurang RM 134

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt
5.03pm. Ni stesen Causeway Bay. Kalau guna MTR Hong Kong. Dari Central boleh stop sini.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt map
Causeway Bay. Sini la kedudukan hari ni kami menghabiskan duit. *kan isteri?*

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt

Seingat saya time ni terasa nak ke tandas. Haha tak jumpa tandas yang dekat. Nampak McD seberang jalan. Menyeberang. Terus masuk dalam McD tu. Pakai tandas. *Buat muka selamba. Haha*

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt
5.52pm. Kami nak sana. Diorang nak ke sini.
Okey. Kami naik MTR kat Causeway Bay Station tu. Destinasi seterusnya, Wan Chai.

Di sini kami ada beli Octopus Card. Khas untuk naik train MTR ni. Macam touch n go saja. Tak payah pakai tiket.

Harga? (Adult: Deposit $50 + Stored Value $100 = Price HK$150). So untuk kami berdua, total HKD 300.00.

Kad ni bagus. Boleh reload atau pakai kat mana-mana kedai atau restoran yang menerima kad ni. Boleh beli barang ke apa ke. Kami pernah pakai kat Guardian HK ni. Semata-mata nak habiskan baki duit dalam kad tu.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt wan chai wanchai
Tunggu train

Dah sampai ke destinasi.  Beli brownies sikit kat Wan Chai MTR. Lapar. HKD 22.00.

bercuti ke travel to hong kong tips sogo times square causeway bay mrt wan chai wanchai

Kami berjalan lagi. Last area kami pergi adala tempat bawah ni. Tak ada beli apa pun. Terus ke stesen bas terdekat. Tahan teksi. Balik nak rehat. Esok nak ke Masjid Amar di Wan Chai. Nak makan Dim Sum halal yang famous tu.

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...