Hari ketiga di Hong Kong!
Pagi-pagi ambik dulu gambar jenis-jenis duit Hong Kong Dollar ni. Yang plan nak pergi Hong Kong tu boleh la tengok-tengok. Jadikan panduan.
|
Gambar di ambil 9.40am |
Setelah bersarapan kat rumah uncle dan aunty, kami bergerak keluar...lebih kurang 11.30 pagi dari rumah. Naik van.
|
11.31am |
Pada malam sebelum tu, uncle dah berjanji nak belanja kami makan kat Masjid Ammar. Masjid ni memang famous dikalangan orang Malaysia yang nak datang ke Hong Kong. Salah satu tempat wajib pergi kalau nak ke Hong Kong. Tempat terkenal dengan Dim Sum yang halal. Itu maklumat yang saya tahu lah hasil dari pencarian info-info kat google sebelum buat Itinerary untuk cuti kat Hong Kong ni.
Kami tiba kat bangunan Masjid Ammar time tu diorang tengah buat renevation kat luar. So tak la dapat ambil gambar luar bangunan tu.
Bangunan 5 tingkat tu menempatkan Osman Ramju Sadick Islamic Centre dan Masjid Ammar itu sendiri. Kami makan di Islamic Centre Canteen yang terletak di tingkat 5 bangunan ni.
|
Tunjuk dekat dia mana yang nak. |
|
Menu Dim Sum Yand dilekat kat dinding. |
Kalau nak jelas suasana tempat ni, tengok dua gambar bawah. Ihsan google. Bukan kamera kami.
|
Ihsan google |
|
Ihsan google |
Kesimpulannya.
Memang sedap Dim Sum di Islamic Centre Canteen ni.
So mari tengok business card diorang yang saya ambik.
|
Business Card. Depan |
Islamic Centre Canteen
Halal Chinese Cuisine, Dim Sum & Refreshment
Breakfast & Lunch: 10.00am - 3.00pm
[Sunday & Holidays: 9.00am - 3.00pm]
Dinner: 6.00pm - 9.00pm
5/F., Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Rd., Wanchai, HK.
Tel: (852) 2834 8211 Fax: (852) 2834 8051
|
Business Card. Belakang. Tunjuk peta nak ke sana |
|
Bahagian hadapan bangunan ni. Kami berdua bergambar dulu suami isteri sebelum keluar |
|
Ceria sungguh isteri saya. *buat gaya hanya berdiri sebelah kaki |
|
12.44pm. Kami dah berada di luar bangunan menunggu kenderaan. Korang boleh lihat luar bangunan tengah construction. |
|
Macam ni la rupa bangunan Islamic Centre tadi yang sedang dalam renovation |
|
Singgah sini jap. Hanya kami berdua yang tahu kenapa |
Setelah ke bangunan dalam gambar atas ni, kami bergerak ke kawasan Mong Kok. Sini memang penuh dengan kedai kasut berjenama yang original. Harga memang murah kalau berbanding beli di Malaysia.
Saya 'ter'beli satu kasut. Yup satu kasut. Pakai kat sana time jalan-jalan. Tapi kat Malaysia tak pakai langsung. Panas dan berpeluh kaki jadinya. Sesuai untuk cuaca sejuk saja kot.
|
Pelbagai aneka kasut di kedai Adidas ni. Tengok color pun macam warna-warna kek lapis |
|
Pengganti Scaffolding. Buluh |
|
Isteri saya bergambar gembira |
|
Isteri & sepupunya |
Di Mong Kok ini juga lah merupakan kawasan shopping yang antara wajib pergi kalau nak ke Hong Kong iaitu Ladies Market. Di sini korang boleh tawar menawar sehingga dapat harga yang sungguh murah. Tapi harus diingat, lepas korang mintak kurang harga, tapi still rasa mahal dan rasa nak ke gerai lain, peniaga tu akan berkeras untuk korang beli, sehingga dia offer sampai murah. Jadi sila pastikan dulu betul ke tidak korang nak beli sebelum mintak kurang harga.
|
Mula memasuki Ladies Market |
Sekejap saja kat Ladies Market tu. Kami tak beli apa-apa pun. Cuma isteri saya, 'ter' tawar menawar kat satu gerai. Tapi tak jadi nak beli. So kesudahannya? Macam saya tulis kat atas.
|
Rupa teksi Hong Kong. |
|
Ke Mong Kok Computer Centre. Nak cari DSLR. Tapi diberitahu lagi murah kalau di Wan Chai. Sana area kedai gadget elektronik, komputer etc. |
Ke Supermarket ni jap before balik. Diorang aunty nak beli barang rumah.
|
7.30pm. Isteri bergambar *tapi tak beli apa |
|
Saya pun join. Jauh sikit. Supaya tak nampak *pasal tak beli barang |
Esok, rancangan kami akan ke Ocean Park! Taman rekreasi air. Besar tempatnya. Tunggu entri seterusnya.
SCC,
10 April 2013, 10.53pm
Comments (0)
Catat Ulasan