Okey, bersemangat untuk berjalan-jalan lagi!!
Hari ni kami ke Ocean Park Hong Kong. Taman rekreasi air terbesar di Hong Kong. Antara tempat yang wajib pergi kalau ke sini.
Sedikit sebanyak tentang Ocean Park.
Dibuka pada 1977, Ocean Park Hong Kong adalah taman tema hidupan laut
bertaraf dunia yang memaparkan haiwan, tunggangan dan pertunjukan, serta
menawarkan pelawat suatu pengalaman yang menggabungkan hiburan dengan
pendidikan dan pemuliharaan. Ia terletak di selatan Pulau Hong Kong, di
kawasan seluas 870,000 meter persegi. Kawasan The Waterfront dan The
Summit disambungkan dengan Cable Car atau kereta kabel dan kereta api
Ocean Express. (www.discoverhongkong.com)
|
beratur untuk tiket |
|
Tiket kami berdua. |
|
Harga tertera. |
Harga Tiket Ocean Park
Ocean Park Hong Kong.
HKD 280.00 Adult Per Person.
Kos untuk kami berdua hari tu, total HKD 560.00.
Waktu Operasi Ocean Park:
10:00am - 7:30pm
Summit close: 6:30pm
|
Tebal dinding kaca akuarium di sini 68cm. |
|
Saya bergambar |
|
Si Panda gemuk yang malas |
|
Kedai souvenier |
Sekarang kami akan naik cable car untuk ke sebelah atas bukit sana. Ocean Park ni sangat luas. Baru cover area sini pun dah luas dan terasa penat.
|
Setiap cable car boleh membawa maksimum 6 orang penumpang |
|
Hampir sampai. Dah nampak roller coaster. |
|
Si Isteri tak berani naik roller coaster belakang tu. Saya sorang saja yang naik dengan cousin sorang lagi. |
|
hampir nak try benda tu..tapi tak jadi..selepas tengok dekat.. |
|
tengok dekat sikit.. |
|
Paling dekat. Haha |
Okey lepas tengok peta. Kami decide nak tengok show dolphin, sea lion pulak yang akan bermula tak lama lagi.
|
Mula-mula kosong. Dalam berapa minit dah penuh. |
|
Jurulatih ambik ikan di beg kecil kat pinggang. Asal buat apa jurulatih suruh, dapat la dolphin tu seekor ikan sebagai imbuhan. |
|
Sea Lion |
Panjang jugak show tu. Ada persembahan jugak dari band yang mengiringi show tu. Kira sebagai background music dan beberapa persembahan lagi.
Dah tamat maka kami keluar dan explore lagi tempat tu.
|
Add caption |
|
Time di sini kami berebut dengan pasangan suami isteri dari Indonesia nak bergambar dengan papan tanda ni.Hehe |
Kami naik train yang turun ke bukit sebelah. Untuk kembali semula ke bawah..ke sebelah bukit dekat entrance.
|
Tempat menunggu train |
|
Train dah sampai. Si isteri mintak gambar cepat-cepat |
|
Mesin souvenier. Dapat souvenier dalam bentuk coin. Harga nak pakai mesin ni HKD 10.00 |
Okey setelah siap kunjungan ke Ocean Park. Tempat seterusnya yang saya teruja sangat nak pergi adalah ke sini. Pemandangan di Victoria Harbour sangat cantik di waktu malam.
|
Add caption |
Setelah bergambar-gambar, kami rehat jap. Jalan-jalan tengok bangunan sekeliling. Tak lama lagi 'A Symphony of Light' akan bermula jam 8pm. Itu yang paling dinantikan. Pancaran laser cantik dari bangunan di kawasan New Territories dilihat dari tempat kami berada (Hong Kong Island). Persembahan diiringi oleh alunan lagu.
|
Jalan-jalan dulu. Tempat pemandangan bergmabar tadi di sebelah kiri bangunan ni. Star Ferry punya stesen |
Setelah puas bergambar, bermula lah sudah acara yang kami nanti-nantikan, A Symphony of Light.
Diiktiraf sebagai "World's Largest Permanent Light and Sound Show" oleh
Guinness World Records, lampu berwarna-warni, pancaran laser dan lampu
sorot mempersembahkan pertunjukan muzik dan naratif yang menggambarkan
tenaga, semangat dan kepelbagaian Hong Kong. Terdapat lima tema utama:
Permulaan, Tenaga, Warisan, Kerjasama, dan akhirnya Perayaan. (www.discoverhongkog.com)
Ianya dipersembahkan setiap malam bermula 8.00pm. Pertunjukkan ini adalah percuma untuk orang ramai. Melibatkan 44 buah bangunan yang akan memancarkan persembahan laser yang sangat cantik.
Dalam 10 ke 15 minit saja persembahan laser tu. Tapi ramainya manusia berkumpul kat nak tengok.
|
Dah siap persembahan laser tu. Semua berpusu-pusu ke destinasi masing-masing. |
Selepas tu kami cuma menunggu kat sana. Tunggu kena ambil. Nak balik. Penat seharian berjalan. Tapi puasnya.
Ada jugak orang Malaysia terjumpa time kat sini.
Tamat lah hari yang sangat memenatkan tapi berbaloi di Hong Kong. Esok hala tuju kami adalah Hong Kong Disneyland! Isteri sangat excited nak ke sana.
SCC,
11 April 2013, 11.31pm
Comments (0)
Catat Ulasan