Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 1 (Disneyland)

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 15, 2013

Baiklah sudah hari ke-5 kami berada di Hong Kong. Seperti mana saya umumkan di entri sebelum ini, hari ini kami akan ke Hong Kong Disneyland! Saya mengambil masa sedikit untuk membuat entri ni kerana jumlah gambar yang terlalu banyak dalam simpanan.

Entri ini juga saya akan dipecahkan kepada beberapa entri kerana terlalu banyak hendak saya cerita dan tunjukkan kepada para pembaca mengenai pengalaman kami di Hong Kong Disneyland yang terletak di Lantau Island. Ini bermaksud ianya berada di pulau yang sama dengan Hong Kong International Airport.

Sebelum ke Hong Kong kami dah google berapa la harga tiket Disneyland Hong Kong ni. So duit untuk tiket sudah disediakan. Pastikan tak kurang supaya tak menangis nanti di pintu tiket tak dapat masuk. Boleh rujuk terus ke laman web Hong Kong Disneyland.

Kami dah siap itinerary awal-awal nak ke sini guna Hong Kong Mass Railway Transit (MTR). Caranya naik saja MTR dari mana-mana station dan berhenti kat Sunny Bay Station. Naik Disneyland Resort Line. Rujuk gambar kat bawah ni.

ihsan google

ihsan google

Masa Operasi di antara Sunny Bay Station dan Disneyland Station
Dari Sunny Bay: bermula 6:15am - 12:45am hari yang sama
Dari Disneyland Resort Station: bermula 6:20am - 12:40am hari yang sama

Frekuensi
4 - 10 minit

Train Disneyland ni cantik dan memang khas untuk membuat korang rasa seolah-olah dalam alam fantasi menuju ke Disneyland.

ihsan google

Tapi bukan rezeki kami nak naik train disneyland ni. Kami naik van lah kan. Tak apa jimat duit.

Sedikit informasi berkenaan Hong Kong Disneyland. Theme Park yang pertama kali dibuka waktu 1.00 PM, 12 September 2005 ini berkeluasan 22.4 hektar (55 ekar) terletak di Lantau Island. Pada masa hadapan ianya akan diperbesarkan lagi ke 27.5 hektar (68 ekar).

Lebih kurang jam 11.00am lebih kami bersiap-siap dan bergerak menuju ke Disneyland. Perjalanan lebih kurang sejam pasal kami tinggal di area Hong Kong Island. Pada hari tu pulak cuaca agak mendung dan sejuk. Jom tengok gambar-gambar bawah sepanjang perjalanan kami ke sana.

12.07pm

Akhirnya lebih kurang 12.15pm kehadiran kami disedari oleh pihak Disneyland. Sign Board besar seperti gambar di bawah segera dipasang oleh pihak mereka. *perasan

Tempat parking kereta. Kami tak parking sini. Kami kan VIP. Ni parking orang miskin. *perasan lagi

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

Setelah di drop kan kat sini, berjalan kaki la kami menuju ke pintu masuk Disneyland. Cuaca punya la sejuk. Di tambah lagi macam nak hujan. Angin kuat. Cuaca hari tu maksimum 10 darjah celcius minimum pulak 5 darjah celcius. Bayangkan sejuknya! Harap tak hujan.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Tempat menunggu.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Ni tempat kalo orang guna bas ke sini
Berdekatan gerbang masuk, akan ada tandas kat luar. Tandasnya bersih. Lepas tu pulak masuk dalam tandas lagu-lagu disney dimainkan setiap masa. Bukan setakat tandas, tapi semua tempat di sini akan ada speaker di setiap sudut yang memainkan lagu disney. Jadi pengunjung memang akan terasa seronok dan khayal seolah betul-betul berada di alam kartun disney!

Masuk tandas dulu!!

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Tandas

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Cop disney

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Suasana dalam tandas. Ini pun perlu ke??

Tong Sampah kat luar pun cantik. Pendek kata semua kat mesti ada logo Disney. Sama ada logo Mickey Mouse ataupun karakter-karakter disney yang lain.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

Okey sudah bermula tabiat kami suami isteri untuk bergambar. Tak percaya dah berada kat Disneyland!!!

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Gerbang Disney di belakang kami tuuuu

Dah puas bergambar kami menuju ke kaunter tiket. Nasib la belum ramai orang sangat.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

Harga tiket ke Disneyland Hong Kong yang kami ambil (1-Day ticket) adalah HK$399 seorang. Jadi jumlahnya HK$798.00. Lebih kurang RM 314 untuk dua orang.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga

Setelah beli tiket, kami akan melalui pintu masuk macam kat bawah ni. Kena tunjukkan tiket sama petugas. Manakala pengawal pulak akan geledah/selongkar beg ada untuk memastikan barang makanan luar tak dibawa masuk. Tapi kami tetap berjaya bawa masuk makanan. Hahahahaha

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Isteri berjaya melepasi kawalan masuk.
Inilah pemandangan pertama korang akan nampak setelah melepasi pintu pengesahan tiket. Ramai orang akan bergambar di sini dulu sebelum masuk ke dalam lagi.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Isteri sangat gembira!

Untuk pengetahuan, bangunan belakang tu merupakan stesen keretapi. Kawasan disneyland ni luas, jadi korang boleh naik ni dan berhenti di setiap tempat yang dikehendaki. Free tak payah bayar, semua dah bayar dalam tiket.

gambar disneyland hong kong tiket mrt sunny bay travel tips bercuti mudah cara harga
Saya pun bergambar. Yahoo!!

SCC
15 April 2013, 3.56pm

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...