Posted by
Shin Chan Comel
|
Posted in
Travel Hong Kong - Macau
|
Posted on
Selasa, April 23, 2013
Okey kami berjaya masuk ke dalam Istana disneyland! Hehe bukan masuk ke dalam sangat pun..tapi lalu bawah dia je.
Kalau nak tau ni nama dia yang sebenar adalah 'Sleeping Beauty Castle'. Korang pergi la ke mana-mana Disneyland sekalipun memang akan castle macam ni di setiap tempat tu. Setahu saya ada dua jenis castle, 'Sleeping Beauty Castle' dan jugak 'Cinderella Castle'. Untuk Hong Kong ni 'Sleeping Beauty Castle'.
|
Cantik kan |
Sleeping Beauty Castle kat Disneyland ini untuk pengetahuan korang adalah 'carbon copy' daripada adik beradiknya di Disneyland, California, America. Maksudnya memang sebiji sama.
|
Disneyland Castle |
Cuma yang berbeza antara Sleeping Beauty Castle untuk Hong Kong ni adalah warna atapnya. Ianya sedikit gelap iaitu 'dark blue'. Berbeza dengan di Disneyland California yang mana warna atapnya adalah biru cerah dengan fungsi supaya lebih menyinar di kala matahari memancar.
|
Pemandangan sebelah kiri. Cantik dan tenang je tasik ni kan |
|
Jambatan yang menghubungkan Istana dan bahagian darat |
Kalau nak tau sewaktu lalu di dalam ni di kiri kanan ada pintu-pintu untuk masuk ke dalam. Tapi macam tak boleh masuk. Sama ada dikunci atau hanya untuk tujuan hiasan.
|
Hokey gambar dulu!! |
|
Ok gambar dari jauh sikit! |
|
Semua nak bergambar dengan berlatar belakang kan Istana Disneyland tu |
Seterusnya kami masuk ke sebelah kiri. Jalan ini akan menuju ke arah
'Tomorrow Land'. Korang akan berasa berada di masa hadapan..semua canggih-canggih.
Di sini korang boleh menjelajahi keseronokan bagaikan berada di angkasa lepas. Terlalu banyak 'Attractions and Entertainent' di sini, tapi kami agak mengejar masa sedikit.
Tengok peta ni kalau nak tengok sejauh mana dah kami berjalan sehingga ke 'Tommorow Land' ni.
|
Tepi la makcik..bukan selalu kami datang sini..huhu |
|
Ada Space Ship |
|
Haha bergambar dulu dengan Buzz Lightyear! |
|
To Infinity And Beyond!!! |
|
Tak sempat masuk sini..huhu sempat bergambar je kat luar |
|
Tempat berehat-rehat |
Haah kenapa jalan ni jadik clear??!!! Nak tau kenapa? Hehe inilah saat paling ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung lebih lagi budak-budak.
|
"Tepi! Tepi! Shin Chan Comel nak lalu!" |
Tunggu entri seterusnya ye kalau nak tengok apa sebabnya.
Hehehe sabar
..
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5 (Disneyland - Citygate Outlet)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)
Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)
SCC,
23 April 2013, 8.00pm
seronok dapat pergi sini
seronok memang seronok..tambahan lagi tiket murah air asia=)
seronok nya.. hmm ..bila la sy nak ke luar negara pulak
Berita Kaki, insyaallah akan datang rezeki nak ke luar negara. rajin-rajin tengok tiket murah beberapa bulan lebih awal..utk perancangan bila dah sampai ke destinasi, boleh google-google..ramai blogger yang kongsi pengalaman di setiap tempat/negara diorang pergi=)
Kan seronok kalau ada cerita dan penerangan sikit kat gambar-gambar tu. Selain ilmu, dapat juga share pengalaman ngan kita-kita yang tak pernah sampai negara orang nih.. :)
Insyaallah saya akan update nanti ye. Waktu buat entry ni ada hal tak dapat elak nak kena cepat. Anyway thanks untuk komen & cadangan tu IRUL=)
best2..i like all ur pictures!:)
terima kasih Nana=)
release tensen sket dtg tmpt2 cmni sbb boleh have fun..
terima kasih. memang boleh release tension. cuma satu je, tension nak berbaris tu tetap ada=)
seronoknyaaa..jeles jeles jeles hehe
Pinkbubblegumprincess~insyaallah ada rezeki awak pun akan ke sana=)