Posted by Shin Chan Comel | Posted in Nuffnang | Posted on Isnin, April 22, 2013
Saya akan kongsikan tips macam mana nak naikkan earning Nuffnang. Tentu korang yang banyak visitor nak earning hasil Nuffnang pun tinggi kan?
Cara-caranya adalah:
Buat lebih daripada satu blog.
Buat dua atau tiga blog. Lagi banyak pun okey. Pasal apa? Makin banyak blog makin banyak la visitor datang ke setiap blog. Pendapatan pun bertambah kan?
Selalu update Survey di Nuffnang.
Kalau boleh pastikan sentiasa update survey di Nuffnang seminggu sekali. Ini untuk memberi maklumat baru kepada Nuffnang berkenaan isi kandung blog korang. Maklumat itu penting supaya Nuffnang boleh pastikan iklan mana yang sesuai untuk diletakkan di blog korang.
Buat artikel yang ramai orang cari/baca.
Usaha untuk buat artikel yang boleh menarik minat orang nak baca. Sama ada artikel mengenai isu politik, sukan, kesihatan, dan lain-lain. Korang pun sedar kan, yang korang kalau nak maklumat pasal sesuatu benda korang akan google di internet. Mana-mana website/blog yang ada info berkenaan apa yang nak dicari tu kan korang akan klik. Untung la pemilik website/blog tu pasal ada visitor iaitu korang sendiri.
Target visitor/pengunjung dari Malaysia.
Cuba buat artikel yang berkaitan dengan apa yang orang di Malaysia nak. Nuffnang sediakan platform untuk iklan-iklan dari syarikat tempatan iaitu Malaysia. Contohnya iklan dari Maxis. Takkan dia nak iklan untuk orang di Perancis sedangkan produk tu hanya ditawarkan di Malaysia. Jadi pentingnya target orang-orang dari Malaysia untuk berkunjung ke blog korang. Sebab itu lah yang Nuffnang dan Syarikat Pengiklanan tu target.
Baca lagi sini kalau nak usahakan supaya trafik/earning naik.
SCC,
22 April 2013, 1.00pm
Comments (0)
Catat Ulasan