Lihat Neraka Setiap Pagi dan Petang

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 30, 2013

Firaun dan konco-konconya diperlihatkan kepada mereka neraka pada setiap pagi dan petang selama berada di alam kubur sehinggalah hari kiamat.



Dalil mengikut firman Allah s.w.t. bermaksud: "Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya." (Al-Mukmin: 45-46)

Sumber: Majalah Hidayah Disember 2000

SCC,
30 April 2013, 9.00pm

Tidak Wajib Berkhatan?

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 29, 2013


Berkhatan atau 'bersunat' kepada lelaki muslim dan wanita muslim adalah wajib hukumnya mengikut Mazhab Syafie

Tetapi bagi Mazhab Hanbali membuat ketetapan berkhatan hanya wajib bagi lelaki, dan kepada wanitanya hanya satu perbuatan sunat. 

Sementara Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula berpendapat berkhatan hukumnya sunat (tidak wajib) baik bagi lelaki mahupun perempuan.

Sumber: Majalah Hidayah, Disember 2000.

SCC,
29 April 2013, 7.00am

Tips Tayar Kereta

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 28, 2013

Hi, kali ini saya akan cuba kongsikan tips untuk tayar kereta. 


Kedudukan Tayar 
Untuk penjagaan tayar kereta yang bagus, korang disarankan untuk menukar kedudukan tayar setiap 3 bulan. Tukar secara bersilang. Maksudnya, tayar depan sebelah kiri akan ke belakang sebelah kanan. Manakala tayar depan sebelah kanan akan ke belakang sebelah kiri. 

Korang boleh lakukan secara sendiri atau ke kedai tayar berhampiran untuk tukar kedudukan tayar. Ini adalah penting kerana kadar kehausan tayar adalah lebih tinggi di bahagian hadapan disebabkan beban enjin, dan juga apabila kereta membelok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...