Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, April 27, 2013

Okey ni dia apa yang semua pengunjung nanti-nantikan. Perarakan di siang hari atau namanya yang sebenar Flights of Fantasy Parade.

Perarakan ini pertama kali diadakan pada 18 Januari 2011 sebagai salah satu acara bagi 'Celebration in the Air'. bagi meraikan ulang tahun ke-5 Disneyland Hong Kong ini.

Perarakan ini akan membawa korang untuk berjumpa dengan karakter-karakter Disney seperti Mickey Mouse dan rakan-rakannya..Dumbo, Winnie the Pooh, Snow White, Cinderella, Aurora, Belle, Baloo, King Louie, Tantor, Simba, Tinkerbell, Stitch, Woody, dan Buzz Lightyear.  

Okey perarakan dimulakan dengan gambar di bawah. Kalau nak tahu nama asal dia ni adalah Jumbo Jr. Tapi dia dengan kejamnya telah diberi nickname 'Dumbo'. Selalu diperlekehkan tentang telinganya yang sangat besar. Tetapi uniknya dia berkeupayaan untuk terbang menggunakan telinganya yang berfungsi seakan-akan sayap itu.

gambar disneylang hong kong pictures
Dumbo!

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Jumaat, April 26, 2013



4. Tempat Tinggal

Sekiranya korang mempunyai saudara-mara atau pun kawan yang berada di negara korang nak melancong tu, korang boleh la jimat duit dari segi accomodation. Tapi bagaimana pula kalau satu orang pun takde? Di sinilah bergunanya internet. Korang boleh nak survey mana nak nak tinggal. Saya senaraikan dua je:

agoda.com: Discount Hotel Reservations - Smarter Hotel Booking!  

Booking.com: 295,310 hotels worldwide. 19+ million hotel reviews. 

 

Kalau terasa masih mahal. Apa kata korang tinggal di backpackers? Backpackers adalah penginapan disediakan asalnya untuk para pengembara di seluruh dunia. Ianya murah dan walaupun tidak seselesa hotel, namun cukup lah bagi korang lepas balik dari berjalan-jalan untuk makan, memasak serta tidur. Boleh survey menggunakan fungsi filter di dua laman web di atas. 

 

Nak lagi murah? Mungkin anda perlukan B&B. Singkatan kepada Bed & Breakfast. Anda boleh menyewa bilik yang ditawarkan para penyewa. Breakfast memang disediakan oleh penyewa ye..dah masuk pun dalam pakejnya. Sekali lagi, boleh survey keperluan anda menggunakan fungsi filter di dua laman web di atas. Atau:

 

Airbnb (Vacation rentals, private rooms, sublets by night 

 

Tak pasti, tempat tu selamat atau tak? Perkhidmatan bagus atau tak? Dekat ke nak bandar? Pergi ke laman web di bawah. Taip je tempat yang korang terfikir nak tinggal tu. Ada 'review' daripada pengguna-pengguna lain sebelum ni boleh dijadikan panduan.

  

TripAdvisor: Reviews of Hotels, Flights and Attractions 

 

Terbaru! 35 Lagi Pengganas Sulu Kiram Ditembak Mati

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 25, 2013

Mengikut laporan KOSMO, nampaknya terdapat lagi cubaan oleh pengganas-pengganas Sulu untuk menceroboh Sabah kelmarin, 24 April 2013.


Cubaan mereka untuk menceroboh perairan Sabah berjaya digagalkan oleh Tentera Laut Filipina & Pasukan Pengawal Pantai mereka. Kejadian pertempuran berlaku di Pulau Sibutu dekat Tawi-Tawi.

Pihak Malaysia pula, melalui Menteri Pertahanannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempercayai kumpulan tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram yang telah menceroboh Sabah sebelum ni.

SCC,
25 April 2013,1.27pm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...