Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Khamis, Julai 11, 2013
Hari ni adalah hari terakhir kami berada di bumi Hong Kong. Tepat 10.26am kami sudah pun tiba di Bowrington Road untuk membeli barang-barang keperluan untuk makan tengahari dan malam nanti. Memang masakan yang sedap-sedap akan dihidangkan nanti.
Memang ramai manusia kat sini. Yang kami terperanjat ramai sungguh perempuan-perempuan bertudung di sini. Dari style pemakaian dah boleh agak dari Indonesia. Kami diberitahu kebanyakan diorang tu adalah pembantu rumah dari Indonesia yang bekerja di sini.