Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Selasa, Jun 18, 2013
Seperti mana yang dinyatakan dalam entri lepas, kami terus menuju ke arah stesen bas berdekatan dengan terminal feri untuk menuju ke destinasi pertama kami iaitu The Venetian Macao.
Rupa-rupanya, setiap resort/casino di Macau ni ada menyediakan perkhidamatan bas secara percuma buat pengunjung untuk ke sana. Tak perlu bayar, hanya naik saja.
Oleh sebab itu, kami menaiki bas besar berwarna biru tertera tulisan Venetian. Suasana dalam bas boleh dilihat di gambar bawah ni.
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Isnin, Jun 17, 2013
Baiklah, hari ni kami semua akan ke Macau. Kena bangun awal pagi pasal nak bergerak awal ke Macau Ferry Terminal.
Bagi yang tak tau Macau, korang tengok je gambar bawah ni, mesti korang tau kan bangunan ni, atau selalu nampak. Itulah bangunan Grand Lisboa.
![]() |
http://calvinayre.com |
Dekat bawah ni adalah rupa terminal feri yang kami pergi pagi tu. Adalah lebih kurang seawal 9.00 pagi kami dah ada kat sana.
Terminal feri ni juga dikenali dengan nama lain sebagai Hong Kong-Macau Ferry Pier atau Shun Tak Heliport. Ianya memberikan servis feri dari Hong Kong ke Macau dan jugak bandar-bandar di Selatan China. Selain tu servis Helikopter pun ada ok.
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Sabtu, Jun 15, 2013
Setelah siap dari berjalan-jalan di Disneyland Hong Kong, kami terus bergerak ke Citygate Outlet. Dalam beberapa minit saja dah sampai. Mall ini juga terletak di Lantau Island.
Dibuka pada tahun 2000 dengan nama Citygate. Tetapi pada tahun 2006, ianya telah dinamakan kepada Citygate Outlet. Outlet yang besar ini merupakan satu-satunya Mall Outlet di Hong Kong. Kebanyakan barang-barang di sini ditawarkan diskaun sekitar 30% ke 70%. Best kan? Original lagi tu!
So tempat pertama kami singgah dalam ni adalah Pacific Coffee ni. Order coffee dan jugak kek. Waktu ni 4.59pm dan cuaca kat luar memang sangat sejuk. Jadi bila dah jumpa kopi yang panas memang terasa sedap la jawabnya.
![]() |
www.discoverhongkong.com |
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Agama Islam | Posted on Khamis, Jun 13, 2013
Inginkan doa yang dengan izin Allah SWT dapat membantu korang supaya mudah dapat kerja? Saya kongsikan semoga bermanfaat. Ilmu ni saya dapat daripada resepirahsiaku.com.
Menurut blog tersebut, doa ini juga boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh kerana ianya dikira sebagai rezeki juga.
Caranya amalkan setiap kali selepas solat:
Pertama
Istighfar 100 kali
Kedua
Selawat Nabi 100 kali
Ketiga
Surah Al-Waqiah 1 kali
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki
pemberian yang Engkau berikan.”(Surah Al-Qashash: Ayat 24)
ps: kredit to resepirahsiaku.com
SCC,
13 Jun 2013,6.30am
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Travel Hong Kong - Macau | Posted on Rabu, Jun 12, 2013
Kita sambung semula entri sewaktu percutian kami suami isteri ke Disneyland di Hong Kong.
Maklum la terlalu banyak gambar. Ni belum lagi habis, nanti nak buat entri pasal percutian ke Perth, Australia pulak.
Maklum la terlalu banyak gambar. Ni belum lagi habis, nanti nak buat entri pasal percutian ke Perth, Australia pulak.
Sewaktu ni masih di pertengahan perarakan 'Flights of Fantasy Parade'.
Ok ni gambar dari depan yang nampak jelas 'Princess Aurora' cerita 'Sleeping Beauty' tu.
Di belakang rombongan puteri-puteri Disney tadi adalah seperti di bawah. Ini kumpulan-kumpulan karakter untuk filem 'The Lion King' tu. Tu sebelah kanan boleh nampak 'Simba' kan.
Waktu ni dah 3.43pm. Cuaca dah semakin sejuk di bawah 10 darjah celcius.
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Tips Hamil / Pregnant / Mengandung | Posted on Selasa, Jun 11, 2013
Asyik Lapar
Walaupun orang yang tidak hamil pun ada yang asyik lapar, dikatakan keinginan untuk makan setiap masa kerap terjadi di awal seseorang wanita itu hamil.
Warna Sekitar Payudara Berubah
Apabila kulit di sekitar puting payudara wanita menjadi kehitaman, wanita tersebut berkemungkinan telah mengandung selama beberapa minggu.
Membuang Air Kecil
Apabila janin mula terbentuk dan membesar, ianya akan mula menekan pundi kencing seseorang wanita dan ini akan menimbulkan rasa kerap ingin membuang air kecil.
Mudah Letih dan Lesu
Wanita yang mengandung akan mudah terasa letih dan penat. Ini disebabkan hormon yang dikeluarkan di awal kehamilan.
Payudara Tegang dan Sensitif
Sekiranya seseorang wanita telah mula mengandung, buah dada akan menjadi sensitif dan sakit apabila disentuh. Ini dikatakan sama seperti keadaan seperti sebelum haid. Walau bagaimanapun, seiring dengan masa, lama kelamaan perasaan kurang selesa ini akan berkurang sepanjang tempoh hamil.
SCC,
11 Jun 2013, 7.30am
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Malindo Air , Tips Travel | Posted on Ahad, Jun 09, 2013
Baiklah kali ini saya akan kongsikan cara untuk beli tiket
Malindo Air secara online.
Pertama
Login ke
laman web Malindo Air.
Tak ada
akaun untuk login?
Baca entri ‘Tips Buat Akaun Laman Web Malindo Air’
Kedua
Klik ‘Search Now’
Posted by Shin Chan Comel | Posted in Malindo Air , Tips Travel | Posted on Khamis, Jun 06, 2013
Kali ni saya akan kongsikan cara buat akaun di laman web Malindo Air.
Ini untuk memudahkan korang untuk beli tiket Malindo Air secara online.
Pertama
Pergi laman web Malindo Air.
Klik sini: Malindo Air
Kedua
Klik 'MY BOOKINGS'
Ini untuk memudahkan korang untuk beli tiket Malindo Air secara online.
Pertama
Pergi laman web Malindo Air.
Klik sini: Malindo Air
Kedua
Klik 'MY BOOKINGS'
Langgan:
Catatan (Atom)