Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth City - Fremantle) Part 3

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, Ogos 13, 2014

Setelah menaiki train dari Perth Station, dalam sekitar 40 minit kami tiba ke Fremantle.

1.39 pm

Tujuan utama kami ke Fremantle?

1. E-Shed. Beli souvenier murah untuk mereka kat Malaysia.
2. Melihat keunikan bangunan-bangunan di Fremantle.
3. Merasai Fish & Chips yang terkenal tu..




Setelah keluar dari Fremantle Railway Station, bergerak la ke sebelah kiri bangunan tu. Dari jauh dah nampak bangunan E-Shed tu.

Nampak tak E-Shed tu..bangunan sebelah kanan gambar ni.
Kene melintas railway dulu nak ke E-Shed (bangunan kiri warna kuning tu)




Dalam bangunan ni agak banyak la jugak kedai yang menjual gifts beserta souveniers. Kalau tak silap bahagian belakang ada tempat untuk lepak makan dan minum.


2.00pm

Kami terus direct mencari kedai milik lelaki warga singapore... MEGABES

Kalau tak silap, dari pintu depan, sebelah kanan..jalan sikit..kedai dia sebelah kiri.

2.01pm

Info mengenai kedai ni pun kami dapat time google blog orang lain yang sarankan ke sini.


Pemilik kedai (Mr. Wen Teo) ni sangat ramah..begitu juga anaknya yang melayan kami. Sempat saya bagitau saya dapat info kedai dia ni dari internet..kerana teruja punya pasal tak sangka dapat jumpa setelah berkali-kali hanya baca pasal info kedai ni di internet/blog orang saja.

Ternyata dia happy kedai dia famous di internet.

Apa jawab dia sambil berbisik dengan kami? 

'This is especially for you..i will give you special discount..because you know my shop from internet..kalau orang lain saya bagi harga biasa saja" katanya.

Jadi..senyum lebar lah saya jadinya..lebih lebih lagi isteri saya.




So saya dah share tips kan=)

Owh ye, dia ada bagi bussiness card. Kalau nak cari teksi ke atau kereta sewa boleh contact kawan dia kat belakang kad ni.












Setelah siap shopping..keberatan la pulak tangan nak angkat barang tadi..tapi hajat nak ke Maritime Museum mesti diteruskan.







3.30pm


Kapal selam yang telah tamat perkhidmatan. Diletak tepi museum ni saja pasal saiznya yang besar.




Hajat nak masuk tak jadi. Pasal tiket masuk $10.00 seorang kalau tak silap. Banyak tu...huhu






Setelah siap melihat perkarangan luar Maritime Museum, kami bergerak nak ke University of Notre Dame Australia, Fremantle Campus
 


Dalam perjalanan nak ke sana, inilah dia korang boleh lihat bangunan-bangunan yang unik berwarna-warni serta bermacam-macam rekabentuk architecture. Menarik.

4.02pm






Kalau ikut banyak lagi gambar, tapi tak larat nak masukkan ke sini.

Kesudahannya, setelah melilau-lilau melihat bangunan yang cantik-cantik, kami dah berasa lapar yang amat.

So sekarang, kami nak makan Fish & Chips yang famous tu!



Kalau ikut GPS, kami kena lalu taman permainan ni. Ramai warga Australia beriadah sini nampaknya.







4.35 pm. Nampak kat blog orang, sekarang dah nampak depan mata

Ini dia yang famous tu, Kailis
Nak makan yang halal, pergilah ke Kailis ni. Fish & Chips dia orang kata halal. Cicerellos pun ada fish & chips, tapi satu sumber bagitau tak berapa meyakinkan. So kami pilih Kailis.


4.45 pm. Buzzer
Nak tau apa barang di atas ni? Ni Buzzer. Kalau dah korang order apa nak makan kat kaunter Kailis tu, dah siap bayar, dia akan bagi ni. 

So tunggu la kat meja makan korang. Bila order dah siap buzzer ni akan notify korang untuk ke kaunter ambil order korang tu.



Ada beberapa kerat orang Malaysia jugak makan kat sini. Tapi masing-masing buat hal sendiri.



Ni harga apa kami order..



Tips: Fish & Chips dia tak ada sos ok. So kami bawak sos tomato/chili KFC dari Malaysia awal-awal.

Kek.


5.35 pm

Hari dah semakin gelap. Kena balik dah. Nanti lambat nak kejar train terakhir.


Melalui beberapa tempat bersejarah berkaitan Aborigines kat sini...macam kat bawah ni terowong ke arah penjara aborigines ke kalau tak silap. Tapi masa dah suntuk so just lalu je.


5.43 pm
Akhirnya sampai ke railway station semula.

Setelah melalui lagi 40 minit perjalanan train dari Fremantle ke Perth City, dalam waktu lebih kurang 7.30pm kami dah tiba kat tempat tinggal. Letih tak terkira.

Tapi lapar lagi. So kami makan Maggie Goreng masak kat dapur..hehehe.

9.00pm dah tertidur nyenyak.

Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 0 (KK - KL) 
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal) Part 1
Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City) Part 2

SCC,
12 August 2014, 9.50pm.

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...