10 Tempat Menarik di Hong Kong

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, November 14, 2013

 (10 Best Places to Visit In Hong Kong)

#1   The Peak

The Peak Tram
Merupakan antara tempat yang wajib pergi semasa berada di Hong Kong. Berada di puncak (Sky Terrace 428) membolehkan korang untuk menikmati pemandangan bandaraya Hong Kong. Cara ke sini sama ada dengan kereta atau pun tram.

 

Di The Peak ini, terdapat sebuah bangunan bernama Peak Tower. Banyak kedai-kedai untuk korang membeli belah di dalam. Walau bagaimanapun, yang menjadi tarikan popular di dalam tentunya Madame Tussauds, Ripley's Believe It Or Not dan di atas puncak atas bangunan ni, Sky Terrace 428 merupakan spot terbaik untuk melihat seluruh bandar Hong Kong.



#2   Disneyland 

Hong Kong Disneyland
Terletak di Lantau Island. Memang destinasi wajib pergi bagi mereka yang pernah membesar dengan kartun-kartun Disney. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah HKD399.00. Kawasan ni sangat luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Sekiranya korang masih kanak-kanak, tentunya korang tak kan puas berada sehari saja di sini.





#3   Ocean Park

Merupakan taman tema hidupan laut bertaraf dunia. Nak saksikan persembahan Dolphin? Singa Laut? Melihat Panda yang gemuk? Semuanya ada di sini. Lihat saja gambar di bawah ni. Kawasan ni terletak di atas bukit. Naik saja cable car.

Tiket masuk? Seorang dewasa hanya dikenakan HKD280.00.



 
#4   Ladies Market


Ladies Market
Nak cari cenderamata nak dibawa balik ke Malaysia untuk kaum keluarga? Sini tempat yang sesuai. Kalau pandai tawar boleh dapat yang murah. Pelbagai barangan ada. Tentunya para kaum hawa akan pening kepala nak beli apa pasal semua menarik. Tapi, pastikan korang hanya tawar menawar pada barang yang korang betul-betul nak beli. Kalau tidak? Hehe..jangan dicuba.



#5   Avenue of Stars


Tempat ni sama seperti Hollywood Walk of Fame. Cumanya sini untuk meraikan para selebriti Hong Kong yang terkenal.
 

#6   Masjid Ammar


Menempatkan masjid yang terkenal di kalangan pelancong dan pusat islam Osman Ramju. Bangunan lima tingkat ni juga terdapat Islamic Center Canteen yang terkenal dengan Dim Sum halal tu. Jangan hairan kalau terserempak orang Malaysia kat sini.

Makanannya memang sedap. Sangat berbaloi.

 
#7   Victoria Harbour (Symphony of Light)


Terletak di Victoria Harbour. Melibatkan sebanyak 44 buah bangunan dari kedua-dua belah kawasan ini, kita akan lihat pameran pancaran laser berwarna yang diiringi oleh lagu tertentu. Pameran ni berlangsung setiap malam selama 10 minit. 

Tempat yang wajib pergi!



#8   Stanley Market 
Stanley Market

Merupakan satu lagi tempat seperti Ladies Market yang mana korang boleh beli barang-barang cenderamata yang murah dan berbaloi. Terdapat banyak gerai di sini.




#9   Lan Kwai Fong


Kawasan ni terletak kelab-kelab malam, restauran dan juga bar. Bagi yang jenis nak melihat macam mana suasana kehidupan warga Hong Kong di malam hari, ini tempatnya.

 
#10 Golden Bauhinia Square    



Pada tahun 1997 Hong Kong telah dikembalikan kepada China setelah sebelum itu berada di bawah pemerintahan kerajaan British. 

Bagi meraikan penyerahan tersebut, kerajaan pusat China telah menghadiahkan emblem Bauhinia yang sehingga kini diletakkan di sini.



SCC,
14 November 2013, 7.00am.


Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...