5 Tips Tanda Awal Kehamilan

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, Jun 11, 2013

gambar wanita hamil, mengandung, pregnant, payudara, buah dada


Asyik Lapar
Walaupun orang yang tidak hamil pun ada yang asyik lapar, dikatakan keinginan untuk makan setiap masa kerap terjadi di awal seseorang wanita itu hamil.

Warna Sekitar Payudara Berubah
Apabila kulit di sekitar puting payudara wanita menjadi kehitaman, wanita tersebut berkemungkinan telah mengandung selama beberapa minggu.

Membuang Air Kecil
Apabila janin mula terbentuk dan membesar, ianya akan mula menekan pundi kencing seseorang wanita dan ini akan menimbulkan rasa kerap ingin membuang air kecil.

Mudah Letih dan Lesu
Wanita yang mengandung akan mudah terasa letih dan penat. Ini disebabkan hormon yang dikeluarkan di awal kehamilan.

Payudara Tegang dan Sensitif
Sekiranya seseorang wanita telah mula mengandung, buah dada akan menjadi sensitif dan sakit apabila disentuh. Ini dikatakan sama seperti keadaan seperti sebelum haid. Walau bagaimanapun, seiring dengan masa, lama kelamaan perasaan kurang selesa ini akan berkurang sepanjang tempoh hamil.

SCC,
11 Jun 2013, 7.30am

Comments (2)

assalam,

bunda dah lepas semua tanda2 itu...dan tak mungkin ada lagi..

salam bunda,

alhamdulillah bunda=) doakan kami suami isteri pulak murah rezeki ramai anak yg sihat,comel,sempurna..amin=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...