Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 25, 2013

Kali ni saya nak kongsikan info berkenaan apa-apa keperluan atau pun tips yang perlu sebelum nak melancong ke luar negara.

gambar Tips Melancong Ke Luar Negara Air Asia

1. Tiket Kapal Terbang

Jika mampu usahakan paling lewat untuk beli tiket 2,3 bulan lebih awal dari tarikh diinginkan untuk melancong. Begini lah cara saya dan isteri selalu lakukan kalau nak ke negara yang tiketnya mahal. Hanya dengan cara beli tiket awal inilah korang akan dapat harga yang murah.

Nak tiket murah, gunakan khidmat Air Asia
Nak senang survey bila tarikh harga tiket murah? AirAsiaPlus


2. Passport

Pastikan korang mempunyai passport sebelum ke luar negara. Pergi ke Jabatan Imigresen yang berdekatan tempat korang untuk buat permohonan. 

Bayaran hanya RM100 untuk tempoh sah selama 2 tahun manakala RM300 pula untuk tempoh sah selama 5 tahun. Kalau rasa jarang jugak nak ke oversea, passport 2 tahun tu pun dah cukup. Buat apa bayar RM300 untuk 5 tahun tapi ke luar negara sekali je. Proses siap buat passport hanya dalam sejam, dua.


3. Visa

Pastikan negara yang ingin dikunjungi perlu atau tidak menggunakan visa. Paling senang nak tahu, google di internet laman web imigresen negara tersebut. Contohnya nak ke Australia. Laman web imigresen mereka, Department of Immigration & Citizenship. 

Okey, Australia perlu visa atau nama lainnya ETA. Boleh apply visa secara online di laman web imigresen negara tu dengan bayaran dikenakan sebanyak AUS20.00. Nak murah, pergi je ke mana-mana travel agent tempatan di Malaysia ni untuk mintak diorang yang apply kan. Bayaran dikenakan di sekitar RM10-RM20 bergantung kepada travel agent. Sekitar 10 minit dah siap. Tapi ingat, kena ada passport dulu.

SCC,
25 April 2013, 6.30am

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...