Apa itu Ping? Kenapa perlu Ping blog?

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Bagi blogger-blogger yang masih baru mesti tertanya-tanya apa itu Ping. Kenapa Ping penting untuk menaikkan trafik blog? Macam mana nak ping blog saya?

gambar ping tips cara mudah blog trafik seo duit earning nuffnang adverts visitor unique visitor

Okey biar saya kongsikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Ping ni. 


Ping merupakan singkatan kepada Packet Internet Groper. Ianya berfungsi sebagai mekanisma untuk memaklumkan secara spesifik kepada server-server bila mana isi kandungan sesebuah blog telah di update atau ditambah. Teknologi ini telah diperkenalkan pada Oktober 2001 oleh Dave Winer.

Masih tak faham sangat?

Okey saya bagi contoh:
Saya baru saja selesai menyiapkan satu artikel di blog saya. Sebagai salah satu cara supaya artikel saya itu cepat ter index di search engine, saya mesti melakukan ping supaya search engine akan mengetahui bahawa saya telah ada artikel baru.

Apabila ini terjadi, peluang untuk artikel blog saya berada di muka depan search engine lebih besar. Mudah untuk orang kat luar sana jumpa artikel saya setelah meng'google' sesuatu benda/maklumat yang mungkin ada kaitan dengan artikel saya, Oleh itu, besar lah kebarangkalian untuk visitor singgah ke blog saya. 

Cara nak ping blog? Baca artikel ini Cara Ping Blog.


SCC,
21 April 2013, 10.25pm

Comments (4)

Belajar tentang Ping Blog, dan terjumpa artikel ni, thank you..:)

your welcome..no problem:)

Terima kasih sudi berkongsi ilmu..

sama-sama:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...