Lihat Neraka Setiap Pagi dan Petang

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 30, 2013

Firaun dan konco-konconya diperlihatkan kepada mereka neraka pada setiap pagi dan petang selama berada di alam kubur sehinggalah hari kiamat.



Dalil mengikut firman Allah s.w.t. bermaksud: "Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya." (Al-Mukmin: 45-46)

Sumber: Majalah Hidayah Disember 2000

SCC,
30 April 2013, 9.00pm

Tidak Wajib Berkhatan?

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 29, 2013


Berkhatan atau 'bersunat' kepada lelaki muslim dan wanita muslim adalah wajib hukumnya mengikut Mazhab Syafie

Tetapi bagi Mazhab Hanbali membuat ketetapan berkhatan hanya wajib bagi lelaki, dan kepada wanitanya hanya satu perbuatan sunat. 

Sementara Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula berpendapat berkhatan hukumnya sunat (tidak wajib) baik bagi lelaki mahupun perempuan.

Sumber: Majalah Hidayah, Disember 2000.

SCC,
29 April 2013, 7.00am

Tips Tayar Kereta

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 28, 2013

Hi, kali ini saya akan cuba kongsikan tips untuk tayar kereta. 


Kedudukan Tayar 
Untuk penjagaan tayar kereta yang bagus, korang disarankan untuk menukar kedudukan tayar setiap 3 bulan. Tukar secara bersilang. Maksudnya, tayar depan sebelah kiri akan ke belakang sebelah kanan. Manakala tayar depan sebelah kanan akan ke belakang sebelah kiri. 

Korang boleh lakukan secara sendiri atau ke kedai tayar berhampiran untuk tukar kedudukan tayar. Ini adalah penting kerana kadar kehausan tayar adalah lebih tinggi di bahagian hadapan disebabkan beban enjin, dan juga apabila kereta membelok.

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 4 (Disneyland)

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, April 27, 2013

Okey ni dia apa yang semua pengunjung nanti-nantikan. Perarakan di siang hari atau namanya yang sebenar Flights of Fantasy Parade.

Perarakan ini pertama kali diadakan pada 18 Januari 2011 sebagai salah satu acara bagi 'Celebration in the Air'. bagi meraikan ulang tahun ke-5 Disneyland Hong Kong ini.

Perarakan ini akan membawa korang untuk berjumpa dengan karakter-karakter Disney seperti Mickey Mouse dan rakan-rakannya..Dumbo, Winnie the Pooh, Snow White, Cinderella, Aurora, Belle, Baloo, King Louie, Tantor, Simba, Tinkerbell, Stitch, Woody, dan Buzz Lightyear.  

Okey perarakan dimulakan dengan gambar di bawah. Kalau nak tahu nama asal dia ni adalah Jumbo Jr. Tapi dia dengan kejamnya telah diberi nickname 'Dumbo'. Selalu diperlekehkan tentang telinganya yang sangat besar. Tetapi uniknya dia berkeupayaan untuk terbang menggunakan telinganya yang berfungsi seakan-akan sayap itu.

gambar disneylang hong kong pictures
Dumbo!

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 2

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Jumaat, April 26, 2013



4. Tempat Tinggal

Sekiranya korang mempunyai saudara-mara atau pun kawan yang berada di negara korang nak melancong tu, korang boleh la jimat duit dari segi accomodation. Tapi bagaimana pula kalau satu orang pun takde? Di sinilah bergunanya internet. Korang boleh nak survey mana nak nak tinggal. Saya senaraikan dua je:

agoda.com: Discount Hotel Reservations - Smarter Hotel Booking!  

Booking.com: 295,310 hotels worldwide. 19+ million hotel reviews. 

 

Kalau terasa masih mahal. Apa kata korang tinggal di backpackers? Backpackers adalah penginapan disediakan asalnya untuk para pengembara di seluruh dunia. Ianya murah dan walaupun tidak seselesa hotel, namun cukup lah bagi korang lepas balik dari berjalan-jalan untuk makan, memasak serta tidur. Boleh survey menggunakan fungsi filter di dua laman web di atas. 

 

Nak lagi murah? Mungkin anda perlukan B&B. Singkatan kepada Bed & Breakfast. Anda boleh menyewa bilik yang ditawarkan para penyewa. Breakfast memang disediakan oleh penyewa ye..dah masuk pun dalam pakejnya. Sekali lagi, boleh survey keperluan anda menggunakan fungsi filter di dua laman web di atas. Atau:

 

Airbnb (Vacation rentals, private rooms, sublets by night 

 

Tak pasti, tempat tu selamat atau tak? Perkhidmatan bagus atau tak? Dekat ke nak bandar? Pergi ke laman web di bawah. Taip je tempat yang korang terfikir nak tinggal tu. Ada 'review' daripada pengguna-pengguna lain sebelum ni boleh dijadikan panduan.

  

TripAdvisor: Reviews of Hotels, Flights and Attractions 

 

Terbaru! 35 Lagi Pengganas Sulu Kiram Ditembak Mati

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 25, 2013

Mengikut laporan KOSMO, nampaknya terdapat lagi cubaan oleh pengganas-pengganas Sulu untuk menceroboh Sabah kelmarin, 24 April 2013.


Cubaan mereka untuk menceroboh perairan Sabah berjaya digagalkan oleh Tentera Laut Filipina & Pasukan Pengawal Pantai mereka. Kejadian pertempuran berlaku di Pulau Sibutu dekat Tawi-Tawi.

Pihak Malaysia pula, melalui Menteri Pertahanannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempercayai kumpulan tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas Kiram yang telah menceroboh Sabah sebelum ni.

SCC,
25 April 2013,1.27pm


Saya Nak T-Shirt I Love Korea Dari UzairOthman.com

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 25, 2013

Okey time subuh tengah-tengah google saya terjumpa dengan laman web www.uzairothman.com tak silap di kartikel.com

Entry yang terpapar di situ adalah Tempat Shopping Cenderamata Paling Murah Di Seoul, Korea. Memandangkan saya & isteri saya suka travel, saya pun klik pasal memang dah ada perancangan nak ke korea. Nak tengok pengalaman Uzair Othman ni di Korea.

Rupa-rupanya Uzair Othman ni ada buat GiveAway Contest: Saya Nak T-Shirt 'I Love Korea' Dari UzairOthman.com di blog dia. Saya nak join lah=)

Tips Melancong Ke Luar Negara Part 1

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 25, 2013

Kali ni saya nak kongsikan info berkenaan apa-apa keperluan atau pun tips yang perlu sebelum nak melancong ke luar negara.

gambar Tips Melancong Ke Luar Negara Air Asia

1. Tiket Kapal Terbang

Jika mampu usahakan paling lewat untuk beli tiket 2,3 bulan lebih awal dari tarikh diinginkan untuk melancong. Begini lah cara saya dan isteri selalu lakukan kalau nak ke negara yang tiketnya mahal. Hanya dengan cara beli tiket awal inilah korang akan dapat harga yang murah.

Nak tiket murah, gunakan khidmat Air Asia
Nak senang survey bila tarikh harga tiket murah? AirAsiaPlus

Rumah yang di Datangi Malaikat

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, April 24, 2013

Kenapa malaikat datang ke rumah? Sebab apa? Jom baca artikel di bawah ni=)

Rumah yang didatangi malaikat ialah rumah yang di dalamnya ada orang yang membaca Al-Quran. Kerana itu ciri-ciri kehidupan keluarga muslim yang sebenarnya ialah adanya ahli keluarga yang bertadarus Al-Quran sepanjang masa di dalam rumahnya lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan.


Rasulullah SAW bersabda: 'Sesungguhnya rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan didatangi malaikat, dijauhi syaitan dan akan membanjir pula di dalamnya kebaikan, jika dibacakan Al-Quran di dalamnya. Sebaliknya, rumah itu akan terasa sempit bagi penghuninya, akan dijauhi malaikat dan didatangi syaitan serta tidak banyak kebaikan, jika tidak dibacakan Al-Quran di dalamnya' (HR Ad-Darimi)

(Sumber: Majalah Hidayah, 2001)

ps: Untuk dikongsikan bersama saudara seislam di luar sana=)

SCC,
24 April 2013, 7.00pm

Niat Puasa Ramadan 2013

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, April 24, 2013

Memandangkan puasa dijangka akan bermula pada 10 Julai 2013 jika dilihat pada kalendar, mesti dalam seminggu ke beberapa hari sebelum tu ramai yang google nak cari apa dah niat nak berpuasa di bulan ramadan kan. Jadi, saya akan kongsikan di sini untuk semua.

Semoga bermanfaat & kalau boleh doakan saya (admin) beserta keluarga agar dibarakah & diperbanyakkan lagi rezeki tahun ni dan mendatang diikuti dengan kesihatan yang baik..Amin. Itu pun dah cukup sebagai tanda terima kasih daripada korang=)

1. Niat Puasa Setiap Malam

gambar niat puasa ramadan
 Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Tips Ketika Putus Asa

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, April 24, 2013

Dalam kehidupan kita tentulah ada masanya kita mengalami rasa putus asa atau kekecewaan. Jika itu yang dialami, ikutilah doa yang sering dibaca oleh Rasulullah s.a.w ini..

Credit: Feels.ru

Saiditina Aisyah r.a. bercerita, bahawa aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. ketika bersandar padaku seraya mengucapkan:

'Ya Allah, ampuni dan sayangilah aku serta pertemukanlah aku dengan malaikat Jibril' 
(HR Muttafaqun 'Alaih)

ps: Maklumat dari majalah Hidayah edisi Disember 2001 di atas saya kongsikan untuk saudara seislam dan bukan islam yang siapa tahu bakal memeluk islam di masa hadapan insyaallah. Semoga kita dirahmati Allah dan dipermudah segala urusan dunia akhirat serta rezeki, Amin


SCC,
24 April 2013, 7.15am

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 3 (Disneyland)

12

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 23, 2013

Okey kami berjaya masuk ke dalam Istana disneyland! Hehe bukan masuk ke dalam sangat pun..tapi lalu bawah dia je.

 Kalau nak tau ni nama dia yang sebenar adalah 'Sleeping Beauty Castle'. Korang pergi la ke mana-mana Disneyland sekalipun memang akan castle macam ni di setiap tempat tu. Setahu saya ada dua jenis castle, 'Sleeping Beauty Castle' dan jugak 'Cinderella Castle'. Untuk Hong Kong ni 'Sleeping Beauty Castle'.
gambar disneyland hong kong istana castle

Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 23, 2013

Tentu masih ada di antara kita yang tertanya-tanya sama ada sah atau tidak solat dengan menggunakan minyak wangi yang beralkohol kan? Saya kongsikan artikel daripada majalah Hidayah keluaran Disember 2001 mukas surat 116 ini untuk semua umat Islam yang inginkan kepastian.



Ustaz,
Apakah hukumnya seseorang itu memakai minyak wangi beralkohol dan pakaian tersebut digunakan ketika menunaikan solat? Saya ada mendengar bahawa ianya sah tetapi setahu saya alkohol itu adalah haram. Minta penjelasan Ustaz.

Midun,
Kuala Lumpur

Jawapan
Memang terdapat kekeliruan dalam memahami hukum penggunaan minyak wangi beralkohol terutamanya bila dikaitkan dengan penggunaannya semasa menunaikan solat.

Cara Backup Blog

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 22, 2013

Caranya:

1. Pergi ke Dashboard
2. Klik 'Settings'
3. Klik 'Others'
4. Di bawah 'Blog Tools', klik 'Import Blog' 
5. Download file 'backup' korang ke folder di hard drive yang diinginkan.

Boleh tengok gambar bawah supaya senang nak faham.

Tips Naikkan Earning Nuffnang

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 22, 2013

Saya akan kongsikan tips macam mana nak naikkan earning Nuffnang. Tentu korang yang banyak visitor nak earning hasil Nuffnang pun tinggi kan?

 gambar tips mudah naikkan earning nuffnang

Cara-caranya adalah:

Tips Ping Blog

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 22, 2013

Baiklah, nak tahu tips ping blog?


Sila klik 'Continue Reading' di bawah

Cara Ping Blog dengan Google Ping

5

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Okey kali ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak Ping blog. Tapi kali ni menggunakan Google Ping.

Seperti mana artikel sebelum mengenai Apa Itu Ping, Ping merupakan singkatan kepada Packet Internet Groper. Ianya berfungsi sebagai mekanisma untuk memaklumkan secara spesifik kepada server-server bila mana isi kandungan sesebuah blog telah di update atau ditambah. Teknologi ini telah diperkenalkan pada Oktober 2001 oleh Dave Winer.

Baiklah, cara-cara nak ping dengan Google Ping.

1. Pergi ke website Google Ping.

2. Masukkan blog name, blog home page anda seperti saya isi di bawah.


Apa itu Ping? Kenapa perlu Ping blog?

4

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Bagi blogger-blogger yang masih baru mesti tertanya-tanya apa itu Ping. Kenapa Ping penting untuk menaikkan trafik blog? Macam mana nak ping blog saya?

gambar ping tips cara mudah blog trafik seo duit earning nuffnang adverts visitor unique visitor

Okey biar saya kongsikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan Ping ni. 

Cara Ketahui Kelajuan Loading Blog Anda

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Pernahkah korang sedar bila korang buka blog korang tu loadingnya lambat? Mengambil masa yang lama?

Itu maksudnya blog korang berat. Kelajuan blog korang lambat. Kalau orang nak ke blog korang pun sekejap je, terus exit/keluar pasal tak tahan nak tunggu page loading tu siap. Akibatnya visitor akan kurang. Atau visitor malas nak datang ke blog korang lagi. Bila kurang visitor, pendapatan blog pun kurang. Faham kan. 

tutorial blog, page loading, masa loading, gambar jam, masa,

Jadi macam mana nak tahu sejauh mana kelajuan blog korang? Apa element-element di dalam blog korang yang menyumbang kepada keLAMBATAN blog korang?

Tarikh Raya Puasa 2013

2

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Ahad, April 21, 2013

Updated: Rabu (10 Julai 2013) Tarikh Mula Berpuasa!

Sedar tak sedar kita dah pun menghampiri hujung bulan April 2013. Macam baru je kan New Year hari tu? Sekali tengok kalendar dah 21 April dah hari ni. Bermakna tinggal beberapa bulan lagi nak berpuasa kan.

Jadi bila tarikh raya aidilfitri atau tarikh raya puasa tu? Kalau tengok ramalan kalender Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 8 dan 9 Ogos 2013, bersamaan hari Khamis dan Jumaat.

tarikh,raya,puasa,aidilfitri,2013,gambar,ramalan,bila,jatuh,hari raya,ramadhan,ramadan,tips,maklumat,islam,malaysia

Maksudnya, bagi yang golongan bekerja tu boleh la cuti empat hari terus sampai ke Ahad. Melainkan korang terfikir nak ambik cuti seminggu lepas Ahad tu?

Apa-apa pun, bagaimana pula ramalan tarikh puasa 2013? Lihat kalender di bawah.

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 2 (Disneyland)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Jumaat, April 19, 2013

Untuk pengetahuan korang, Disneyland Hong Kong ni sangat la besar dan boleh dibahagikan kepada 6 bahagian. Rujuk gambar bawah.

Ihsan www.hongkongdisneyland.com/


Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 1 (Disneyland)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Isnin, April 15, 2013

Baiklah sudah hari ke-5 kami berada di Hong Kong. Seperti mana saya umumkan di entri sebelum ini, hari ini kami akan ke Hong Kong Disneyland! Saya mengambil masa sedikit untuk membuat entri ni kerana jumlah gambar yang terlalu banyak dalam simpanan.



Percutian ke Hong Kong - Macau Day 4 (Ocean Park)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Khamis, April 11, 2013

Okey, bersemangat untuk berjalan-jalan lagi!!

Hari ni kami ke Ocean Park Hong Kong. Taman rekreasi air terbesar di Hong Kong. Antara tempat yang wajib pergi kalau ke sini.



Sedikit sebanyak tentang Ocean Park.

Dibuka pada 1977, Ocean Park Hong Kong adalah taman tema hidupan laut bertaraf dunia yang memaparkan haiwan, tunggangan dan pertunjukan, serta menawarkan pelawat suatu pengalaman yang menggabungkan hiburan dengan pendidikan dan pemuliharaan. Ia terletak di selatan Pulau Hong Kong, di kawasan seluas 870,000 meter persegi. Kawasan The Waterfront dan The Summit disambungkan dengan Cable Car atau kereta kabel dan kereta api Ocean Express. (www.discoverhongkong.com)

gambar ocean park hong kong tiket disneyland
beratur untuk tiket

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 3 (Masjid Ammar - Mong Kok)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Rabu, April 10, 2013

Hari ketiga di Hong Kong!

Pagi-pagi ambik dulu gambar jenis-jenis duit Hong Kong Dollar ni. Yang plan nak pergi Hong Kong tu boleh la tengok-tengok. Jadikan panduan. 

duit hong kong dollar bercuti tips travel melancong ringgit
Gambar di ambil 9.40am

Percutian ke Hong Kong - Macau Day 2 (Causeway Bay - Wan Chai)

0

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Selasa, April 09, 2013

Hari kedua bermula!

Awal pagi bangun dah kesejukan yang amat. Isteri saya lagi la jenis yang tak tahan sejuk. Tapi inilah yang kami mahu. Bercuti ke Hong Kong dikala winter. Hehehe.

Dalam hati macam tak percaya dah berada di Hong Kong. Tapi, mahu tak mahu kena la percaya. *kan isteri?*

Hari ni diorang nak bawak kami berjalan shopping-shopping kat bandar dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...