Ahad lepas aku bercuti. Jadi ertinya aku bergerak ke kerja isnin. Lebih kurang 5.00am. Awal kan. Jam tepat menunjukkan 8.00am baru sampai. Tapi, dari jauh, dari dalam kereta, nampak pelik saja keadaan sekeliling. Kabus di sana sini. Awan kehitaman..malah semakin hitam. Aku hairan. "Aik, semalam hujan? Atau baru pagi ni?" Rasa risau & sedikit seronok. Risau, kalau hujan bermakna kerja akan tertangguh. Seronok, kerana aku dapat rehat kalau site basah..bermakna tak ada kerja dilakukan. Cuaca luar sejuk. Masuk ke tulang rasanya. Maklumlah tapak projek ni di kawasan bertanah tinggi. Cuma tengahari panas, tapi kalau malam & awal pagi, best! Seperti yang dijangka, pukul 9.00am hujan lebat. Hehe nampaknya boleh berehat di site office.

Di site office aku buat paperwork-paperwork yang tertangguh. Best la kan, pasal duduk dalam air cond. Hrmm, tapi sampai ke tengahari saja hujan, petang tu cerah kembali. So, teruskanlah kerja. Banyak nak buat. Banyak nak siapkan. Maklumlah kontrak tamat dalam tempoh dua bulan. Bos besar pulak, mahu dalam sebulan siap. Okeyh..mari siapkan!! Mana tau ada bonus siap awal

Kalau nak tau, aku sekarang kerja dengan kontraktor. Projek ni dari tahun lepas. Ala dua tahun saja duration kontrak. Owh ya, nak tau buat apa? Cuma buat jalan raya, retaining wall (struktur penahan cerun), dan earthwork.
Nak tau apa mesin yang digunakan di site? Atau benda-benda apa di tempat kerja aku ni?

Ni kami panggil 300. Sangat besar! Boleh korek tanah, batu dan lain-lain. Senang-senang boleh tolak lori yang besar macam gajah.

Aku pandai bawak@pakai, tapi belum pro. Best duduk dalam dia ni. Ada air cond, selesa. Lepas tu, dilengkapi radio & sistem audio yang boleh tahan. Nak tengok? Next entry la okey.

Yang ni sama macam 300, tapi ni 200. Sedikit kecil berbanding 300. Tapi masih berkebolehan untuk menolak lori, even pecahkan bangunan pun boleh. Pun aku pandai bawak@pakai.

Ni 120. Sama macam dua excavator di atas.

Ni 100

Ni 60

Yang ni dipanggil Case. Kekuatan enjin power, boleh tolak lori yang terbalik ke kedudukan asal. Ni benda awal-awal aku belajar.

Motor Grader. Untuk meratakan jalan. Aku masih belum berpeluang nak belajar.
Bestkan. Kalau boleh aku nak belajar pakai semua ni. Selagi ada peluang, ilmu kena kita kejar. Atau, saja untuk pengalaman diri sendiri.
Selebihnya aku sambung di entry seterusnya ok.
Khairul,7 December 2010, 9.10pm.