Ahad lepas aku bercuti. Jadi ertinya aku bergerak ke kerja isnin. Lebih kurang 5.00am. Awal kan. Jam tepat menunjukkan 8.00am baru sampai. Tapi, dari jauh, dari dalam kereta, nampak pelik saja keadaan sekeliling. Kabus di sana sini. Awan kehitaman..malah semakin hitam. Aku hairan. "Aik, semalam hujan? Atau baru pagi ni?" Rasa risau & sedikit seronok. Risau, kalau hujan bermakna kerja akan tertangguh. Seronok, kerana aku dapat rehat kalau site basah..bermakna tak ada kerja dilakukan. Cuaca luar sejuk. Masuk ke tulang rasanya. Maklumlah tapak projek ni di kawasan bertanah tinggi. Cuma tengahari panas, tapi kalau malam & awal pagi, best! Seperti yang dijangka, pukul 9.00am hujan lebat. Hehe nampaknya boleh berehat di site office.
Di site office aku buat paperwork-paperwork yang tertangguh. Best la kan, pasal duduk dalam air cond. Hrmm, tapi sampai ke tengahari saja hujan, petang tu cerah kembali. So, teruskanlah kerja. Banyak nak buat. Banyak nak siapkan. Maklumlah kontrak tamat dalam tempoh dua bulan. Bos besar pulak, mahu dalam sebulan siap. Okeyh..mari siapkan!! Mana tau ada bonus siap awal
Kalau nak tau, aku sekarang kerja dengan kontraktor. Projek ni dari tahun lepas. Ala dua tahun saja duration kontrak. Owh ya, nak tau buat apa? Cuma buat jalan raya, retaining wall (struktur penahan cerun), dan earthwork.
Nak tau apa mesin yang digunakan di site? Atau benda-benda apa di tempat kerja aku ni?
Ni kami panggil 300. Sangat besar! Boleh korek tanah, batu dan lain-lain. Senang-senang boleh tolak lori yang besar macam gajah.
Yang ni dipanggil Case. Kekuatan enjin power, boleh tolak lori yang terbalik ke kedudukan asal. Ni benda awal-awal aku belajar.Bestkan. Kalau boleh aku nak belajar pakai semua ni. Selagi ada peluang, ilmu kena kita kejar. Atau, saja untuk pengalaman diri sendiri.
Selebihnya aku sambung di entry seterusnya ok.
Khairul,
7 December 2010, 9.10pm.











:a:
:b:
:c:
:d:
:e:
:f:
:g:
:h:
:i:
:j:
:k:
:l:
:m:
:n:
:o:
:p:
:q:
:r:
:s:
:t:
December 7, 2010 11:41 PM
belajar drive jentera tu ke? tak la bosan asyik memandu kereta kan
December 8, 2010 12:46 PM
seri~a'ah. kena jugak belajar sikit. pasal kekadang operator ni malas/banyak alasan tak nak buat benda yang kita suruh. at least kita tau diorang kelentong kita ke tak. kalau kelentong, kita 'cuci' diorang.