Kahwin? Ada nasihat tak?

Kepada para bloggers..especially yang dah kahwin..aunty marina ke aunty betty ke shielahassan ke..siapa2 saja la.. nak mintak tolong ni..hihihi.






Actually dah ada pertanyaan2 dari bakal mertua bila aku ni nak kahwin & sama ada duit dah cukup ke belum..hihi. So, jawapannya..duit masih belum cukup, banyak nak bayar(jawab dalam hati saja..huhu).

Kalau blogger2 ada petua or nasihat, tolong nasihatkan, ajar ke tegur ke..ok?hihi.


Khairul,

1 July 2010, 8.23pm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

11 Response to "Kahwin? Ada nasihat tak?"

  1. Si DaiSi PuTih says:
    July 1, 2010 8:34 PM

    alamak...x kawen lagik. X dapek laa den nak nolong. hehe. Tp, apa yg plg penting, jgn sampai wat loan bank kalo nak kawen. hehe

  2. Marina Monroe says:
    July 1, 2010 11:45 PM

    Salam Kerol, nak kawin memang memerlukan duit yg banyak. Apa tah lagi jika pihak perempuan demand duit hantaran sampai RM10K dan belum lagi 7 dulang sepersalinan dan cincin bertatah berlian.Total RM 15K.
    Kerol tak payah buat sambut besar2ran di rumah kerol buat sambut menantu dgn doa selamat saja. Jemput kaum kerabat yg terdekat lebih kurang 300 orang dah. JImat duit sebab duit di perlukan utk persiadaan rumah sesudah kawin nanti..dengan segala peralatan wajib. Tu pun duit juga. Aunty doakan moga Allah permudahkan urusan dan niat kerol utk mendirikan rumah tangga. Amin

  3. Seri says:
    July 2, 2010 1:08 PM

    seri pun tak ada tips nak dikongsi. cuma harap urusan untuk bina masjid kerol dipermudahkan

  4. Sofia says:
    July 2, 2010 8:48 PM

    setuju2 dgn aunty marina.. kena pikir sebelum kawin, semasa kawin, n selepas kawin...

    sebelum kawin : duit2 yg diperlukan utk beli hantaran2, duit2 minyak utk kesana kemari, ditambah lagi utk menampung belanja kecil2 seharian sebelum menjelang perkahwinan..


    semasa kawin : masa ni lah, gift door xcukup nk bg tetamu, kena beli juga sbb tetamu dari jauh2 belaka.. n macam2 lg perkara yg xdiigini berlaku yg memerlukan duit..

    selepas kawin : lagi banyak nk guna duit.. nak beli rumah, perabot, bg makan pakai isteri n family isteri n etc..

    bak kata pepatah : duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit!

    semoga berkat mengiringi anda!! yg penting jgn membazir smsa majlis perkahwinan.. bajet duit n jgn diikuti dgn nafsu.. chaiyok!!!

  5. kerol says:
    July 4, 2010 11:38 AM

    si daisi putih~hehehe jangan buat loan ye..

    aunty marina~thanx aunty..betul jugak tu, xpayah buat besar2an di rumah..kat rumah pengantin pmpuan saja dah cukup kan. apa2 pun, thanx atas doa aunty marina...smoga Allah kurniakan kesihatan & panjangkan umur aunty marina:)

  6. kerol says:
    July 4, 2010 11:39 AM

    seri~thanx seri:)

  7. kerol says:
    July 4, 2010 11:40 AM

    sofia~hehehe saya suka pepatah "duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit!"...thanx atas nasihat2 yang tu:)

  8. Kak Ungku Betty says:
    July 4, 2010 10:45 PM

    Assalam....Kerol, Aunty ada satu latest entry menarik dlm blog Aunty untuk kita kongsi bersama - Iaitu 10 pedoman panduan melayari perkahwinan. Kerol, apa yang aunty ingin nasihatkan Kerol.. pilihlah pasangan kerana agamanya kerana beliau selain tahu akan tanggungjawabnya mentaati perintah Allah, dia juga akan mentaatimu, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sebaik mungkin demi kebahagian hidup bersama di dunia & akhirat.

    Alam perkahwinan adalah alam realiti dan sentiasa bersedia dengan 'kejutan'...my advice and always remember...we come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly. Terima pasangan seadanya. Sentiasa perlu ada tolak ansur, berkasih sayang setulusnya serta jujur dengan diri sendiri dan perbaiki juga cara berkomunikasi. Jangan suka memendam rasa, belajar luahkan isi hati & perasaan.

    OK Kerol jaga diri baik2, sampaikan salam aunty kepada orang yang tersayang. Beritahu aunty bila hari bahagia tu nanti OK? Wassalam.

  9. kerol says:
    July 5, 2010 10:00 PM

    aunty betty~thanx aunty, tu yang saya dah & sedang amalkan dengan pasangan saya..jangan pendam2 dalam hati kalau ada apa2. syukur alhamdulillah, saya terima pasangan saya seadanya kerana saya pun bukannya sempurna. thanx aunty atas semua nasihat2 aunty:)

  10. Asteria Gil says:
    August 29, 2010 9:42 PM

    lama tak post new entry ya kerol..tertunggu jugak cerita bazaar ramadhan ke heheh...

    nak kawin, solat jgn tinggal, puasa jgn tinggal, zakat jgn lupa byr, sbb kalau zakat tak byr, duit byk pun rasa tak cukup je (pengalaman org terlupa byr zakat pendapatan huhuh)...

    tiga tahun pertama kawin, bykkan bersabar...masa tu la semua perasaan tak serasi semua ada, rasa tak ngam, bercinta semua indah, berkahwin ni macam nak kenal dari A balik...tp tu semua biasa la, sebab dari kecik bukannya duduk serumah, tiba2 nak duduk serumah mmg la lain perasaan...

  11. kerol says:
    September 9, 2010 8:29 PM

    wah,pasal zakat & 3tahun pertama tu yang menarik di dengar..takut pun ada..hehehe. thanx asteria gil:)