Hati dia kita kena pikat

Dalam hidup kita memang kena bergaul. Lebih-lebih lagi kalau dalam dunia kerja. Macam-macam kaum kita jumpa. Ni tips kawan aku bagi.

Macam mana nak rapat dengan kaum cina?


Senang saja. Nak rapat atau buat dia interest dengan kita memang simple. Tanya pasal business dia."Eh Tan, macam mana you punya business?".."Apa macam, banyak untung?". Tak payah tanya pasal anak bini, diri dia, dia kurang berminat.

Bagaimana pula kaum india?

Hubungan kekeluargaan bagi masyarakat india begitu penting. Kat mana-mana pun kita boleh lihat sendiri. Jadi tanyalah khabar keluarga dia, anak bini dia. Confirm dia akan tertarik dan rasa terharu. Kalau just tanya "Muthu, you apa khabar?", dia akan jawab acuh tak acuh..kurang 'menyengat' sapaan itu bagi dia. Tapi kalau "Apa khabar anak you?".."Isteri you apa khabar?".."Nanti cuti you bawak family pergi cuti mana?"..tertarik dan bersemangat sungguh respon yang akan kita terima.

Tapi, Melayu pula macam mana?

Aku dah lupa. Maybe dah diri ni melayu, aku terlepas pandang apa kawan aku tu bagitau.

Betul ke tips-tips atas ni?

Ini tips dari pengalaman kawan aku. Betul atau tak, mari sama-sama cuba. Tak salah kita cuba. Kalau betul, syukur alhamdulillah. Bertambah lagi jumlah rakan-rakan dari pelbagai bangsa. Senang nak bekerjasama dalam apa-apa pun. Hidup pun aman damai.

ps:menarik tips kawan aku ni..

Khairul,
7 February 2010, 12.10am.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Hati dia kita kena pikat"