Cerita Tahun Baru Si Comel..hehehe

Bermacam-macam ingin aku nukilkan di sini, tetapi jari-jari ini adakalanya menjadi berat, ilham untuk menulis menghilang. Tapi, aku akan cuba kali ini, sudah terlalu lama aku tidak ber blog..rindu rasanya.Dimulakan dengan aktiviti awal tahun baru ini. Tak ada apa sangat yang dilakukan, cuma sebaik saja aku balik dari ofis pada hari jumaat tue, aku terus ke shopping mall yang berdekatan. Hajat di hati nak beli DVD movie yang menarik buat aku penuhi malam hujung minggu. Untuk pengetahuan, aku tak pernah keluar menyambut tahun baru dengan sesiapa pun, memang itu style aku dan keluarga dari dulu, tengok sambutan dari tv saja. Adakah kamu yang lain memang keluar untuk menyambut tahun baru setiap tahun?

Ok,ini dia dua DVD yang aku berjaya tangkap dan beli untuk memenuhi keinginan melepaskan tension aku. Yang pertama, U-571. Cerita mengenai perang dunia kedua. Mengisahkan krew kapal selam Amerika yang menjalani satu operasi undercover untuk merampas kapal selam nazi yang berjaya dikesan melalui maklumat risikan. Memang movie ni sangat mendebarkan. Ditambah dengan Sound System Altec Lansing aku ni, macam di dalam pawagam rasanya.




Yang kedua, Prison Break, The Final Break. Memang aku agak ketinggalan untuk follow movie ni. Aku dah tak aktif semacam dulu dalam hal download-download ni. So kali ini aku buat keputusan nak beli saja bagi special episode untuk Prison Break ni.



Apa-apa pun, dua movie ni aku habiskan dalam satu malam saja. Dimulakan dengan U-571 dan diakhiri dengan Prison Break.

Owh ya, terjadi selingan. Jarak waktu di antara dua movie ini aku keluar gunakan untuk keluar menyambut Anniversary sambutan perkahwinan Atuk dan Nenek aku di salah sebuah kedai seafood. Kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai. Empat keluarga. Memang kenyang sangat.







Habis saja meratah makanan-makanan kat atas ni, balik rumah. Sambung tengok movie U-571 dan berterusan ke Prison Break. Memang tahun baru yang best! Blogger-blogger yang lain pula macam mana?

Khairul,
10 January 2010,7.22pm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Cerita Tahun Baru Si Comel..hehehe"

  1. FaTiNe says:
    January 10, 2010 9:14 PM

    sedapp nyer makanan~ anyway nice blog template also. :)

  2. kerol says:
    January 10, 2010 9:59 PM

    memang sedap fatine..jangan jeles,hehehe:)