Gastrik la perut aku



Hari ini..dan dua hari sebelumnya, perut aku buat hal. Rupa-rupanya gastrik menyerang. Baru tadi jumpa doktor. Doktor pesan jangan makan makanan pedas dan kena jaga masa makan, jangan skip makan.


Maka, jagalah makan anda. Nanti gastrik baru tau..hehehe.

ps: kalau ada tips nak elak or sembuhkan gastrik, tolong share dengan saya ye para blogger yang budiman;)

Khairul,
28 Disember 2009,8.10pm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kereta Toyota Wish aku

Sebenarnya bukan aku punya, tapi kawan aku. Saja berangan nak ada kereta semahal Toyota Wish tue..hehehe. Okey-okey, pada minggu lepas aku berpeluang buat pertama kalinya naik kereta Toyota Wish. Ketinggalan zaman sungguh..kuikuikui.


Contoh gambar luar Toyota Wish.

Alkisahnya, aku temankan kawan aku ke bank time lebih kurang jam 2pm. Naik kereta wish dia yang baru berusia 2bulan. Disebabkan susah nak cari parking, maka aku tawarkan diri untuk duduk dalam kereta sementara kawan aku tue pergi ke bank. Kiranya macam stop sebentar dekat tepi jalan saja la.


Sementara menunggu, mata aku melilau-lilau mencari parking kosong.

Nampak ada kosong satu. Okeh, mari masuk!

Maka aku pun, beralih duduk ke seat pemandu. Dah nak drive dah. Nak cepat takut orang lain masuk parking tue.

Mata dah pandang depan. Tangan dah pegang stereng. Transmisi otomatik telah disetkan kepada "D"
Hand brake pulak..

Aik, mana hand brake nih??!!
.
..
...


Toleh kiri tak ada..toleh kanan pun tak ada. Dekat tengah ni pun tak ada! Dekat stereng pun tak ada!

.
.
.
.
.
.

Rupa-rupanya kat bawah la.



ps:Memalukan. Nasib tak ada siapa yang nampak..hehehe.

Khairul,
22 Disember 2009, 9.02pm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenapa lambat update?

Assalamualaikum. Sudah terlalu lama aku tak jenguk blog aku ni. Kesibukan kerja & urusan kehidupan menghadkan masa yang ada untuk blog ini. Tapi kali ini sudah ada update..hehehe.



Apa yang aku nak kongsikan sini adalah, kenapa aku tiba-tiba dah lama tak update?

Susah untuk dijelaskan. Tapi selalunya aku jadi terlalu busy. Bila dah ada masa lapang pulak rasa malas nak update.huhu.


Jadi,kalau ada sesiapa yang masih menjenguk blog aku nih. Boleh tolong bagi pendapat atau nasihat atau dorongan tak? Sayang sangat dengan blog nie, dah dekat setahun dah umur dia. Masalahnya selalu malas nak update & kalau dah ada rasa rajin tue, ilham pulak takde. Macam mana ye?

Khairul,
22 December 2009, 8.16pm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS