Hikmah Korban

Posted by Shin Chan Comel | Posted in | Posted on Sabtu, November 07, 2009

Salam. Ni nak cerita sikit, walau penat, tapi amik masa sekejap untuk update..boleh la korang baca-baca kan.



Jumaat lepas saya solat di sebuah masjid berdekatan dengan sebuah taman perumahan. Selalunya saya akan pergi dua masjid je yang dekat ngan opis..tapi kali ni, tergerak nak cuba masjid yang satu ni.



Walau kecil..tapi masjid nie best. Nak tau kenapa? Khutbah dia khatib bagi secara informal..tak baca teks, so agak best..penuh penghayatan..kita lebih faham apa yang di sampaikan & senang ingat!

Saya memang tak berapa suka yang main baca teks je, kurang penghayatan & agak mendatar. So, inilah hikmahnya saya tegerak solat di tempat nie. Mari a saya kongsikan bersama pembaca semua...insyaallah kita amalkan..AMIN:)

Khutbah nie berkaitan ngan Hari Raya Korban yang akan datang hujung bulan nie. Keistimewaan membuat korban.

Ada tujuh(7) kenderaan yang kita ada sepanjang hidup kita.

1.Tulang sulbi(punggung ayah kita).
Di mana air mani yang membentuk kita. Itu lah kenderaan pertama kita di dunia nie.
(Time nie
saya dah betul2 best dengar khutbah khatib ni..terdiam je..menghayati..)

2.Perut ibu kita selama 9 bulan mengandungkan kita.
(Ni korang faham la kan..kenderaan kedua kita di dunia ni.)

3.Susu ibu
Selama 2 tahun kita disusukan dengan susu badan ibu kita. Ni kenderaan ketiga.
(Inilah keistimewaan wanita..)

4.Bahu ayah
Bahu ayah kita yang mendukung kita di saat-saat kita baru habis bermain di kala senja. Itulah kenderaan ke-4.
(Syahdu bila teringat apa yang orang tua kita buat untuk jaga kita time kecik-kecik dulu...TT )

5.Kereta
Apa-apa kereta kita beli & guna di dunia ni.

6.Keranda
Inilah kenderaan ke-6 kita. Keranda kita bila kita hendak dikuburkan.
(Semoga
saya mati dalam keadaan beriman ya Allah..AMIN)

7.Binatang sembelihan
Apa-apa juga binatang sembelihan yang kita korbankan, adalah kenderaan kita yang terakhir. Nabi SAW bersabda, akan ada umatnya yang tidak mampu kerana miskin bagi melakukan korban. Maka, korban yang Nabi SAW lakukan dulu sewaktu hayat baginda, baginda wakilkan bagi umatnya yang tidak mampu itu hingga ke hari kiamat..subhanallah, begitu mulianya nabi kita & kasih pada umatnya..umatnya sentiasa ada di hati baginda.
(Betapa besarnya kepentingan berkorban nie bila
saya dengar apa khatib tu sampaikan..sampaikan Nabi SAW wakilkan..insaf..huhu. Nampak tak kepentingannya?)

Apa-apa pun, dalam kisah kenderaan kita yang ke-6 tu, khatib ada menambah/selit.

"Akan ada TIGA saudara yang akan ikut kita sewaktu kita menggunakan kenderaan itu, tetapi sesudah kita ditanam, hanya seorang yang akan tinggal menemankan kita. Saudara seorang itu adalah AMAL kita!! Manakala dua lagi saudara yang lain itu adalah SAUDARA kita sendiri & HARTA-HARTA kita selama hidup di dunia ini. Mereka berdua inilah yang akan kita tinggalkan di dunia ini."

SCC,
7 November 2009, 8.l3pm.

Comments (2)

hampir terkedu aku baca entry ni..

sama2 terkedu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...